BAB 4

Drama Completed 3348

Aku hanya mampu melihat dulang roti yang terlepas dari tanganku dan semua roti sudah jatuh bertaburan dilantai. Dulang pelanggan itu juga turut terjatuh dan roti yang diambilnya tergolek golek di lantai. Berdebar jantung aku ketika itu memikirkan yang bakal dimarahi pelanggan lelaki itu. Ketika ini, aku terpaksa terima yang 'customer alway right' bila aku dimarahinya nanti. matilah nak!!

"Maafkan saya encik, maafkan saya. Saya sangat cuai, nanti saya amik roti yang lain untuk encik. Encik jangan kutip roti dekat lantai itu kotor." Tidak keruan aku ketika itu, jelas terlihat sifat gelabah yang telah lama menapak dalam diri ini. Bergegas aku mengambil roti yang sama jenis dengan roti yang terjatuh itu sebelum lelaki itu bersuara. Namun sangkaanku melesat, lelaki itu langsung tidak memarahiku malah dia yang membantu mengutip rotiku yang jatuh bertaburan. Kakakku pula pasti akan keluar sebentar nanti.

"Eh tak apalah cik, saya amik sendiri nanti." Ujarnya yang menghalang tindakanku sambil tangannya pantas mengutip roti yang bertaburan di lantai. Nasib baik roti yang aku jatuhkan itu sudah di paketkan. Jadi tak adalah rugi. Aku sempat menggantikan rotinya yang jatuh dan dia pun selesai membantu aku mengutip semua roti dilantai.

Aku fikir aku dapat selesaikan masalah ini sebelum kakakku menyedari kekacauan yang aku lakukan tapi ternyata dari tadi kakakku sudah terjengul berdiri disudut sana dengan tangannya mencengkak pinggang. Kak Aryna ni bukannya mahu tolong, sudah selesai semuanya baru dia bersuara. Pandangannya tepat kearahku. Aku sudah terasa sipi-sipi angin taufan yang akan melanda.

"Ya allah Zaty, kenapa ni, apa kamu buat ni. Akak dengar bunyi bising tadi. Kenapa pelanggan ni boleh pegang dulang kamu dan kamu pula pegang dulang dia." Soal kak Aryna berturut-turut dengan nada yang marah. Siapa yang tidak marah dengan keadaan seperti ini. Aku hanya mampu mempamerkan wajah yang simpati. Otakku ligat untuk menjawab amarah kak Aryna itu tetapi seakannya otakku kini kosong. Kali ini aku tidak boleh menjawab kerana ini semua memang salahku. Aku hanya tertunduk malu.

"Kak Aryna, janganlah marah. Sebenarnya salah saya. Saya tak sengaja langgar dia tadi." Dengan sopan santunnya lelaki itu memohon maaf untuk pihakku, aku terkejut apabila lelaki itu mengakui kesalahan yang sudah jelas aku yang cuai. Perasaan bersalah semakin jelas terasa tetapi…kenapa aku tidak menyangkal pengakuan itu? Kenapa aku perlu takut? kak Aryna itukan kakakku. Aku malah terkaku disitu tanpa sebarang pengakuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience