Completed
3348
"Bbeetul...ssaya sihat, awak jangan risau." Jawabnya tanpa memandang wajahku, matanya tepat memandang kearah makanan yang terhidang dan kelihatan takut untuk memandangku. Aku juga perasaan dia macam takut-takut menjawab pertanyaanku. Kenapa dia perlu berahsia kalau betul dia sakit. Aku memang pelik dengan lelaki ini.
"Kalau betul awak sakit, lebih baik awak pergi klinik. Periksa. Kalau demam biasa tak apalah tapi manalah tahu ada penyakit yang tersembunyi." Ujarku lagi yang tidak berpuas hati selagi dia tidak mahu mengaku.
Air mukanya terus berubah selepas mendengar penyataanku itu, dia yang sedang makan dengan berselera berhenti seketika lalu memandangku.
"Awak tak makan sekali ke?" Dalihnya yang cuba mengubah topik perbualan.
"Saya dah makan tadi. Semua ni saya bawa untuk awak." Ujarku. Aku tidak meneruskan pertanyaanku apabila dia seperti berdalih denganku. Mungkin dia tidak selesa.
"Azhar, kamu apa khabar? Sihat dah?" Tegur kak Aryna yang datang tiba tiba. Terkejut aku.
"Eh kak Aryna, alhamdulilah makin sihat. kak Aryna jom makan sekali." Pelawanya penuh sopan santun dan malu-malu. Tak boleh blah betul dia ni. Mesti segan dengan kakak aku ni la tu.
"Tak apalah, akak dah rasa pagi tadi. Macammana sedap tak masakan dari air tangan Zaty ?" Soal kak Aryna dengan matanya menjeling kearahku. Kak Aryna ni memang penyibuk betul tapi apa nak takut Azhar kan puji aku tadi.
"Eh kak mestilah sedap, tak pernah saya rasa sup ayam sesedap ni." Puji Azhar manambahkan lagi kembang hidungku. Dengar tu kak Aryna !!
"Melebih lebihlah kamu ni, makin banggalah cik Zaty kita ni. Hah Zaty ! Terlupa pula akak. Tadi telefon kamu berbunyi. Akak tak sempat nak tolong angkat." Kata kak Aryna lalu menghulurkan telefonku. Baru aku teringat yang aku caj telefon dari tadi. Aku segera mengambil telefon dari tangan kak Aryna dan pantas memeriksa log panggilan masuk.
" Eh ni panggilan dari syarikat yang saya pergiinterview haritu."
Share this novel