Completed
3348
"Tak naklah, sup ayam Zaty bukannya sedap pun." Ejek kak Aryna membuat aku geram.
"Eeeee...kak Aryna ni janganlah cakap macam tu, nanti tak jadi pula Zaty nak bagi dekat Azhar. kak Aryna betul ke tak sedap?" Soalku mula gelisah. Macammana kalau masin atau tawar. Aku masak main hentam je ni.
"Meh sini akak rasa dulu, sedap ke tak?!" Kata kak Aryna dengan nada serius, sudah bersedia untuk merasa dengan sudu ditangannya. Kak Aryna mencedok sikit kuah sup menggunakan sudu, aku hanya memerhatikannya, kemudian dahinya mula berkerut kerut, gaya rupanya macam tak sedap aje sup yang aku masak ini tapi tadi rasa ok aje. Berdebar pula aku mahu mengetahui pendapatnya.
"Zaty, dengan siapa kamu belajar masak ni?!" Soal kak Aryna dengan muka yang tak puas hati.
"Kenapa kak?!"
"Kamu belajar memasak dengan siapa, sebabnya sup kamu ni sedap sangat!!" Jerit kak Aryna di penghujung ayat terakhir, buat terkejut aku aje. Haishh!! teruk betullah kak Aryna ni.
"Belajar dari ibu lah." Jawabku bangga, ibulah chef nombor satu dihati kami. Tidak sia-sia aku belajar memasak ketika aku mengganggur dulu.
"Baru puji sikit dah berlagak tapi akak suka dengan perubahan kamu, dari seorang yang tak matang, sekarang dah makin matang dan pandai mengambil berat." Puji kak Aryna.
"Cara kak Aryna cakap macam saya ni teruk sangat waktu dulu." Aku menjuihkan bibir seperti tidak terima dengan apa yang dikatakan kak Aryna.
"Memang pun." Jawab kak Aryna ringkas. Dia yang sedang berdiri disebelahku sambil bersandar di kabinet dapur menjelingku yang sedang mengacau sup dengan muka yang tiada perasan menambahkan geram dihatiku.
"Kak Aryna ni memang menyakitkan hati." Kataku dengan nada yang geram tapi tidak dipedulikannya.
Share this novel