BAB 19

Drama Completed 3348

" ya kak, saya dah 'tercakap' dengan Azhar, saya akan terus bawakan bekal untuk dia sampai dia agak sihat." Jawabku serius.

"Laa ye ke, baiknya hati kau Zaty. Jangan-jangan Zaty suka dekat Azhar kan." Teka kak Aryna sesuka hati dia aje. Kalau bab-bab mengusik, memang dia suka sangat.

"Hishh akak ni, mana ada. Saya anggap dia kawan aje lah. Salah ke nak ambil berat dekat kawan." Nafiku dengan nada sedikit tegas supaya kak Aryna tidak mengusikku lagi. Aku tak rasa aku ada perasaan yang istimewa pada Azhar.

"Boleh,tak salah pun tapi jangan lebih lebih. Zaty selalu bawakkan dia makanan, macammana kalau dia yang suka Zaty. Akak cuma ingatkan aje."

"Hah?!" Aku memandang kak Aryna dengan muka bingung. "Tak mungkinlah Azhar suka saya," Kataku lalu tergelak kecil.

"tapi..."

"Akak ni tak payahlah kacau saya, pergilah sana." Jeritku mula naik marah seperti tidak sanggup mendengar apa yang mahu dikatakan kak Zaty. Aku tak pernah terpikir sampai begitu sekali.

"Azhar." Panggilku apabila melihat Azhar datang. Azhar dan aku sama-sama duduk ditempat biasa.

"Awak bawa apa hari ini?" Soalnya dengan wajah yang teruja. Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba aku terdengar suara batuknya yang kuat sehingga membuat aku terkejut.

"Azhar awak tak apa apa ke ni? kenapa awak batuk teruk sangat hari ni?" Soalku pantas menghulurkan air mineral yang aku bawa sekali.

"sssayaa ok...awak jangan risau" Jawabnya dengan nada perlahan dan kurang jelas diselangi dengan batuk yang teruk. Dia meminum air yang aku hulurkan namun aku tidak berpuas hati. Kenapa susah sangat nak kata dia sakit. Geram pula aku rasa. Aku bangun dan pergi dari situ melangkah masuk kedapur. Beberapa minit kemudian aku keluar bersama abang amir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience