BAB 10

Drama Completed 3348

"laa awak kerja mekanik rupanya, patutlah saya pelik ada kesan hitam dekat pipi awak tu, entah entah itu minyak hitam kot.” Ujarku mengerutkan kening.

"Hah!! kat mana sini ke?" Soalnya sambil mengosok-gosok kedua belah pipinya.

"Mana ada, saya gurau je. Tak ada kesan hitam pun dekat muka awak yang hensem tu." Ujarku lalu ketawa terkekek kekek melihat reaksinya itu. Sebenarnya aku sengaja mengusiknya. Dia yang menyedari dirinya menjadi usikanku memandang tepat kearahku sambil tersenyum manis. Aku turut memandangnya, baru aku sedar dia mempunyai lesung pipit kedua belah pipinya. patutlah senyumannya manis aje. Tiba tiba aku terasa malu pula dipandang lama olehnya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soalku yang malu dipandang olehnya. Mukaku mula merona kemerahan kerana menahan malu.

"Sebab awak cantik," Jawabnya ringkas. Terkejut aku mendengar jawapanku. Berani juga dia ni puji aku.

"Awak cepatlah makan, sekejap yer ada customer nak bayar." Bergegas aku pergi dari situ. Tiba tiba pula jantung aku ni berdebar. Nasib baiklah adacustomer datang.

"Terima kasih, datang lagi." Ucapku mesra pada pelanggan ini. Kemudian mataku tertumpu semula pada Azhar yang aku tinggalkan disudut sana tetapi dia sudah pergi.

Keesokkan hari, aku tertunggu-tunggu kemunculan Azhar, selama ni tak ada pula aku bersikap seperti ini tetapi hari ini aku menunggu kedatangannya. Aku ingin tahu sama ada batuknya sudah berkurang atau tidak. Kalau belum aku ada buatkan sebotol air suam lemon yang dicampur madu. Petua dari ibu, bila aku batuk atau demam, ibu mesti beri aku minum air ini. Sungguh menyegarkan rasa tekak nanti, aku harap dia akan suka. Aku tidak tahu kenapa aku mahu mengambil berat mengenai dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience