BAB 23

Drama Completed 3348

saya harap awak suka dengan pemberian saya yang tak seberapa ini. saya teringin nak tengok awak pakai tudung ni pada hari pertama awak kerja tapi saya tak ada peluang. Pasal semalam tu, saya betul betul minta maaf. Saya tak sengaja marah awak. Saya harap awak tak marahkan saya. Terima kasih sebab sudi ambil berat pasal saya. Lepas ini kita mungkin tak akan berjumpa lagi. Jaga diri baik baik.

Zaty saya sukakan awak dari hari pertama saya jumpa awak, saya tahu saya tak boleh bersama awak. Awak telah berikan kebahagiaan pada saya walaupun sekejap. saya akan bawa cinta ini sampai saya mati. selamat tinggal Zaty Arissa.-

Air mataku mengalir ketika membaca surat itu, aku tidak sangka Azhar memendam cinta padaku dan disebabkan itu dia tidak mahu bersemuka denganku. Betullah apa yang dikatakan kak Aryna. kini aku faham kenapa hatiku aku turut merasa sakit. Perasaanku sama seperti perasaan Azhar. Aku tersenyum gembira. Aku nekad mahu mencari amir dan meluahkan isi hatiku juga.

2 hari kemudian

Segalanya sudah terlambat, walaupun aku tahu keberadaannya tapi aku tak dapat berbuat apa apa. Aku telah kehilangannya selamanya.

“Assalamualaikum, tumpang tanya Azhar kerja sini ke?” Soalku pada seorang pekerja lelaki di bengkel ini yang kemungkinannya tempat Azhar bekerja.

“Awak ni siapa?”

“Saya ni kawan dia, dia ada tak?”

‘Awak kawan dia tapi awak tak tahu ke yang dia dah meninggal.”

“Meninggal? Tak mungkinlah?” Aku terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

“ Sebenarnya Azhar sudah lama mengidap kanser paru-paru. Dua hari lepas dia dimasukkan ke hospital. Keadaan dia sudah semakin tenat. Sudah takdir allah, semalam dia meninggal dunia.” Bagai luluh jantungku mendengar berita itu tapi aku kuatkan jua semangatku dan menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience