Completed
3348
"Tak apa, bukan hal besar pun. Benda kecik je. Tak ada siapa pun yang cedera. Cuma kesian dekat roti semalamlah. Tak pasal-pasal membazir. Kamu macam mana ok tak kerja?"
"Aha ya la kan, saya kerja ok aje." Ujarku dengan nada suara yang lembut dan tersenyum simpul. Hatiku mula berbunga- bunga riang apabila lelaki ini mengambil berat tentang diriku. Mulalah aku tersenyum kambing dihadapannya. Apahal pula aku ni!!.
"lagi satu saya nak berterima kasih sebab encik bela saya semalam depan kak Aryna. Kak Aryna tu memang garang sikit. suka sangat membebal, sdahlah menyakitkan hati, suka mengarah itu ini. Nasib baiklah dia tu kakak saya." Ujarku dengan wajah yang geram, dapat juga aku peluang bercakap buruk pasal kakak aku.
"Sama-sama. Awak, tak baik cakap kakak sendiri macam tu. oklah, terima kasih saya pergi dulu." Tegurnya dengan cara baik lalu meminta diri untuk pergi. Terkebil kebil mataku mendengar tegurannya itu.
"Hah!! ye lah maafkan saya. Terima kasih dan datang lagi." Mukaku mula merona kemerahan menahan malu apabila ditegur olehnya.
Aku melihat lelaki melangkah pergi dari kaunter pembayaran kearah pintu kedai. Riak wajahku bertukar sedih dan kecewa. Aku menepuk- nepuk mulut jahat ini. Lagi sekali aku melakukan kesalahan. Aku merasa menyesal mengeluarkan perkataan yang buruk dan memalukan diriku sendiri. Tentu dia berfikiran buruk mengenai diriku. Huuh..
Aku mencebikkan bibirku memerhatikan sahaja langkah lelaki itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti seketika lalu pandangannya berpaling kearahku. Satu senyuman manis terukir diwajahnya. Mataku terkebil-kebil memandang dan aku segera membalas senyuman itu.
Sudah seminggu berlalu semenjak pertemuan aku dengan lelaki itu yang bernama amir asyraf. Selama hari itu aku dan amir hanya sekadar membalas senyuman dan say hai hai bye bye sahaja tetapi kali ini aku memberanikan diri untuk mengajaknya berbual.
Mana tidaknya seminggu aku tunggu dia yang mulakan dulu untuk berkata sesuatu padaku selain tersenyum, say hai and say bye tetapi hampehh..lelaki ini mesti jenis yang pemalu. Sebenarnya dari awal lagi aku sendiri pun tidak tahu topik apa untuk mulakan bicara dengannya sehinggalah hari ini. Aku melihat wajahnya kelihatan agak pucat dan banyak kali dia terbatuk dihadapanku.
Share this novel