BAB 7

Drama Completed 3348

Tika ini aku membantu mereka yang lain didapur apabila pelanggan tiada dan apabila ada pelanggan aku akan kembali kekaunter pembayaran. Rajin juga aku kesana sini. Nampak tak kerajinan aku tu.

"Betul ke ini Zaty adik akak?" Soal kak Aryna merenung wajahku tiba-tiba ketika aku membantunya didapur. Mesti nak perli aku lagilah tu.

"Apa kak Aryna ni tanya macam tu pula, kalau bukan adik akak, habis tu adik siapa?" Soalku semula berpura pura tidak mengerti.

"Bukan apa, hari ini Zaty macam lain aje. Makin rajin pula tu. Dah berubah ke?" Perli kak Aryna dengan nada mengusik dan senyuman nakal. Malas aku nak layan nanti makin menjadi-jadi pula aku dikenakannya, bergegas aku pergi dari situ apabila terdengar ada pelanggan yang datang. Sebenarnya aku pun terasa yang diriku ini dah semakin rajin. cewahh!!

Secara tidak sengaja aku terpandang seseorang yang baru melangkah masuk kedalam kedai semasa urusan pembayaran pelanggan sebelumnya. Aku ingat wajah itu, lelaki yang aku langgar semalam dan aku tidak minta maaf dan berterima kasih secara langsung dengannya. Jadi betullah kak Aryna kata dia ni sering juga datang kesini.

lelaki itu hanya tersenyum ketika membuat pembayaran di kaunter. Mungkin dia masih mengecam wajahku yang menimbulkan kekecohan semalam. Selesai sahaja urusan pembayaran, aku memberanikan diri untuk menegurnya.

"Encik ni yang saya terlanggar semalam kan?" Soalku mesra.

"Saya ingatkan awak tak cam muka saya. Tak sangka awak masih ingat lagi." Katanya.

"Sangkaanku benar, ini adalah lelaki semalam dan dia masih mengecam mukaku. Inilah peluangku untuk meminta maaf." Bisik hatiku.

"Eh tak kanlah saya bleh lupa muka encik. saya kan dah buat salah semalam, sebab tu lah saya boleh imgat. Ermmm.. alang alang dah jumpa saya nak minta maaf lagi sekali pasal semalam." Kataku terus dengan niat asalku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience