BAB 18

Drama Completed 3348

"Yer lah tu." Usikku kononnya tidak percaya tapi sebenarnya aku percaya padanya. Dengan gaya dan sifatnya yang pemalu ini, mesti susah untuk dia mengurat perempuan yang dia suka. Pandai je aku meneka.

"Kalau macam tu, saya tumpang gembira untuk awak. Nanti dekat sana kerja rajin-rajin. Jangan kerja teruk sangat, jangan lupa jaga kesihatan." Nasihatnya pendek namun akan aku ingat sampai bila-bila.

"Inshaallah, terima kasih Azhar tapi yang pasal jaga kesihatan tu sesuai ditujukan untuk awaklah sebabnya awak sekarang ni kan kerja kuat sangat sampai kesihatan tak terjaga." Usikku dengan nada bergurau.

"Ya lah, saya tahu. Zaty, terima kasih untuk makanan ni. Kenyang sangat nanti malas pula nak buat kerja. saya dah nak kena pergi ni." Katanya meminta diri untuk pergi sambil tangannya mengemas dan menyusun mangkuk tingkat menjadi asal lalu dia tersengih padaku.

"Walaupun awak memang selalu datang tapi saya tetap nak ingatkan awak. Esok mesti datang lagi tau, saya nak bawakan sesuatu lagi untuk awak."

"Eh!! tak payahlah susah susah lagi." Tolaknya pantas.

"Saya akan terus bawakan bekal untuk awak sampai awak dah makin sihat dan saya tak nampak awak terbatuk-batuk lagi. Saya tahu awak tak sihat dari cara awak cakap, cara awak jalan. Jangan risau, saya tolong awak ikhlas. Tak harapkan balasan pun. Ok saya pergi dulu " Kataku tegas, aku terus berlalu pergi dari situ tanpa mempedulikan apa yang akan dikatanya. Sengaja aku buat begitu kerana tidak mahu mendengar alasannya.

"Kalau saya tak sihat juga sampai bila-bila,awak akan terus bawakan untuk saya walaupun awak tak kerja dekat sini lagi." Tiba-tiba dia bersuara dengan kuat menyebabkan langkahku terhenti dan pandangannya tepat kearahku. Aku memandangnya dengan wajah yang bingung kemudian aku mengagukkan kepala lalu tersenyum padanya. Ada-ada aje dia ni, tika itu aku agak terkejut dengan kata-katanya yang seperti mahu sakit selamanya atau jangan jangan dia mahu perhatianku.

" Pagi ini Zaty masak lagi?" Soal kak Aryna melihat aku yang semakin rajin bangun awal dan memasak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience