BAB 20

Drama Completed 3348

"Abang amir, tolonglah periksa kepala dia tu panas ke tak, badan dia panas ke tak. Lepas tu tolong Zaty bawa dia pergi klinik dekat sini?" Arahku dengan garang. Aku meminta tolong abang amir menyentuh dahi Azhar untuk mencari kepastian. Manalah tahu Azhar menipu dan dia mungkin demam?

“Tapi Zaty.” Abang amir macam nak tak nak aje mengikut kataku tapi dia mengikut juga arahanku. Namun begitu tangannya ditolak oleh Azhar. Sepertinya Azhar marah dengan tindakanku. Melampau ke aku?.

"Apa awak buat ni, awak ni memang melampau. Kan saya dah kata saya tak sakit, kenapa nak paksa" Jeritnya dengan nada yang kuat dan terus bergerak pergi dari situ. Aku tergamam mendengar suaranya. Terkejut sangat apabila dia menjerit padaku. Kelihatannya dia sangat marah. Apa betul ke aku melampau? Aku segera mengejarnya dan memanggilnya yang sudah keluar dari kedai ini tapi dia tidak mempedulikanku. Dia terus naik motornya dan berlalu pergi.

Aku menangis teresak-esak disudut dapur kedai. Sudah setengah jam aku berada di situ. Tiada seorang pun yang berani menegurku. Kakakku sendiri pun membiarkan aku melepaskan kesedihan dihati. Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat? Kenapa hati aku sakit sangat?

Kenapa aku marah sangat? Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Kenapa aku sedih bila dia marah aku? Tindakan aku melampau ke? Aku cuma risaukan dia? Aku cuma ambil berat dengan dia? Tapi Kenapa dia marah aku?

"Zaty sudahlah tu. Janganlah macam ni. Tak semuanya salah Zaty. Zaty salah sikit aje. Esok Zaty minta maaflah dengan Azhar yer." Pujuk kak Aryna.

Aku mengangkat kepalaku yang aku tekup selama setengah jam. Mataku ini sudah bengkak kerana menangis. Aku memandang kak Aryna dengan air mata yang sudah keras dipipi. Air mata yang baru mengalir pantas aku kesat.

"Kenapa pula Zaty yang kena minta maaf, Zaty tak salah pun. Zaty cuma ambil berat aje dengan dia." Jawabku membela diri. Aku masih berkeras tidak mahu mengaku kesalahan.

"Memang tak salah sebab ambil berat tapi Zaty bersalah juga sebab Zaty paksa dia. Kalau betul pun dia sakit. Zaty tak patut paksa dia kata yang dia tengah sakit. Selalunya orang yang sakit ni dia tak akan mengaku dia sakit sebab dia tak nak orang sekelilingnya risau. Tapi Zaty paksa dia mestilah dia marah. Dulu masa Zaty demam panas, Zaty selalu kata Zaty ok, Zaty demam sikit aje, suruh pergi klinik tak nak tapi hakikatnya Zaty demam panas dan terpaksa bawa pergi hospital." Ujar kak Aryna panjang lebar mengingatkan aku pada keadaan semasa aku demam panas yang sangat teruk ketika aku berusia 15 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience