BAB 13

Drama Completed 3348

"Owhh macam tu ceritanya. Baguslah awak ni. Sanggup makan roti sebab nak simpan duit untuk kawen." Kataku dengan nada mengusik dan tersenyun nakal. Mungkin juga si Azhar ini sudah berpunya. Muka boleh tahan kacaknya tak akanlah tiada yang punya.

"Eh bila pula saya cakap nak simpan duit untuk kawen. Awak ni ada ada aje." Ujarnya tersipu malu. Malu-malu kucing pula.

"Hehe, saja je saya teka. Memang selalu macam tu. Kalau simpan duit mesti nak kawen kan."

"Tak semestinya tapi inshaallah, seandainya allah berikan saya peluang untuk bertahan lebih lama dan panjang umur. Saya pun teringin nak berumahtangga.

Aku berasa sedikit aneh dengan jawapan yang Azhar katakan namun aku tidak mahu bertanya lebih kenapa dia berkata seperti itu. Selalunya orang akan jawab ‘inshaallah, kalau ada jodoh saya pun teringin nak berumahtangga ataupun orang akan jawab inshaallah, jika dipanjangkan umur, saya pun teringin nak berumahtangga’ tapi jawabannya itu membuatkan aku berfikir lebih jauh

"Awal bangun, kamu memasak ke? Masak apa tu?" Soal kak Aryna sejurus melihat aku sedang memasak seawal jam 7.00 pagi. Sebenarnya bukan kebiasaanku berada didapur. Pagi ini rajin pula aku bangun awal untuk memasak.

"Zaty masak sup ayam, nak beri dekat Azhar. Dia kan selalu batuk-batuk. lagipun Zaty perasan dia selalu makan roti aje. kesian dia."

"Untunglah si Azhar tu ada orang ambil berat, semalam dapat minum air lemon buatan Zaty, hari ini sup ayam pula. Akak ni dah lama kat sini, tak pernah pun Zaty ambil berat. Masak untuk akak lagilah tak pernah." Kata kak Aryna dengan nada merajuk.

"Alaa…akak ni janganlah cakap macam tu, Zaty kesian dekat dialah. Dahlah selalu makan roti, hidup sebatang kara pula tu. lagipun Zaty masak banyaklah kak, nanti kita sarapan sup ayam cicah roti nak. Sedap." Aku memujuk kak Aryna yang sudah pandai merajuk. Entah dari mana dia belajar. Dari akulah kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience