BAB 22

Drama Completed 3348

Perasaan apa yang aku rasakan tika ini. Perasaan seperti ditinggalkan orang yang tersayang. Siapa dia dihatiku ini sehingga dia memberi impak yang mendalam dihatiku.

Sedang aku mengelamun sendirian, satu suara menegurku dari arah belakang.

"Cik Zaty !!" Aku berpaling memandamg pemilik suara yang menegurku itu.

"Ya saya!" Jawabku.

"Ada seorang lelaki suruh bagi dekat cik," Katanya sambil menghulurkan sekeping kertas kecil kepadaku.

Aku bingkas bangun dan bertanya pada perempuan itu tanpa melihat apa yang tertulis pada kertas itu.

"Siapa yang bagi, dia dekat mana?" Soalku. perempuan itu memberitahu dan menunjukkan keberadaan lelaki yang menyuruhnya menjadi posmen segera itu. Aku segera berlari kearah lorong kecil yang ditunjukkan oleh perempuan itu tetapi tiada sesipa pun disitu. Aku tahu Azhar memerhatikanku dari tadi.

Aku kembali masuk kedalam kedai, aku tidak sepatutnya bertindak seperti orang gila. Aku terima dia sudah tidak mahu bertemuku namun sedihku tidak tertahan dengan nota yang tertulis diatas kertas kecil yang aku terima tadi.

-maafkan saya Zaty, jangan sedih lagi. awak tak salah. selamat tinggal untuk selamanya. Saya tak boleh jumpa awak lagi-

Suasana malam ini sangat sunyi, bunyi cengkerik yang selalu membuat bising dimalam hari tidak kedengaran langsung seperti mereka memahami kesedihan hatiku. Aku duduk di sisi katilku. Tanganku memegang bungkusan hadiah yang ditinggalkan Azhar. Aku buka balutan hadiah itu cermat kerana tidak mahu pembalutnya terkoyak teruk. Kemudian aku buka penutup kotak itu. Didalamnya mengandungi sehelai tudung yang berwarna biru lembut. Sungguh cantik sekali. Kemudian aku membuka pula surat yang diselitkan sekali didalam kotak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience