Completed
3348
Seperti biasa dia muncul pada waktu yang sama. Aku sudah meminta kebenaran kakakku untuk berehat apabila dia datang. Tekaanku benar, dia masih terbatuk-batuk lagi, dapat aku dengar sejurus sahaja dia melangkah masuk. Aku segera menyapanya yang terus mengambil roti. Kenapa dia tidak langsung memandang sekeliling mencari aku. Eh!! kenapa pula dia nak kena cari aku, bukannya dia datang sini nak jumpa aku.
"Assalamualaikum Azhar," Ucapku padanya yang sedang mengambil roti kacang dan roti sardine, memang itulah kegemarannya, dari awal tak pernah berubah. Hari-hari makan roti yang sama. Tak bosan ke?
"Waalaikumsalam Zaty," Jawabnya seperti terkejut aje aku menegurnya.
"Nanti dah beli roti, saya tunggu dekat sana tau. Nanti awak datang, saya ada sesuatu nak bagi awak." Kataku pantas dan terus sahaja pergi meniggalkannya dengan tanda tanya.
Selepas sahaja dia selesai membuat pembayaran, dia datang kearahku yang sedang menunggu ditempat kami duduk semalam.
"Ada apa Zaty." Soalnya dalam keadaan masih lagi berdiri. Kenapa tak nak duduk, takut dengan aku ke?
"Kalau yer pun duduklah dulu, makan dekat sini aje," Dia menurut arahanku dan dia pun duduk berhadapan denganku.
"Saya tengok awak masih lagi batuk-batuk jadi saya ada bawakkan air ni," Kataku dengan nada yang agak teruja lalu mengeluarkan bekas termos dan cawan yang aku letak didalam beg kertas.
"Apa tu," soalnya dengan muka blurr.
"Air lemon campur madu, sedap. Ibu saya kata air ni baik untuk menghilangkan batuk. Biasalah petua orang tua. Minumlah suam-suam lagi tu." Ujarku dengan nada yang penuh gembira dan teruja. lelaki ini memang seorang yang baik, dia ikut sahaja arahanku tanpa banyak soal.
"Ermmm sedap, rasa lega aje tekak ni, tak tahulah pula saya pasal petua ni." Komennya selepas merasa air lemon campur madu buatanku. limau tu aku perah sendiri dengan sepenuh tenaga aku tau.
Share this novel