BAB 6

Romance Completed 2733

Fawwaz tergelak. “Awak takut hantu rupanya.” Ketawa Fawwaz masih bersisa. Lawak pula melihat wajah Marlia yang terkejut itu.

“Saya tak boleh tengok cerita terkejut-terkejut macam ni. Baik tengok bola je.” Marlia mengubah siaran.

“Tak sangka awak minat bola jugak ye.” Fawwaz terpegun. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.

“Kenapa? Awak ingat perempuan tak minat bola erk? Main bola pun bolehlah.” Marlia berkata dengan bangganya. Baru sekejap kahwin dah nampak mesra.

“Cakap besarlah pulak. Ok, esok kita lawan. Awak ajak geng awak datang rumah. Kita main kat padang belakang.” Fawwaz mencabar.

“Ayah kan cakap nak buat acara sukan esok, tak payahlah.” Fawwaz tidak menjawab malah fokus kepada perlawanan bolasepak yang terpapar di skrin televisyen yang besar itu.

Ketika Fawwaz masih kusyuk menonton televisyen, kepala Marlia tiba-tiba rebah ke pahanya. Dia melihat wajah cantik milik isterinya. Dia menutup televisyen. Takut mengganggu isterinya yang nyenyak tidur. Dia terus mengangkat isterinya yang ringan itu ke katil lalu menyelimutkan isterinya.

Fawwaz mengambil alat kawalan penghawa dingin lalu menekan butang on. Dia baring di sebelah Marlia lalu membisikkan ke telinga Marlia . “Selamat malam isteriku.” Fawwaz terus membaca doa tidur dan tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin kepenatan.

Keesokan harinya, selesai solat Subuh, Encik Baim mengumumkan. “Hari ni kita ada acara sukan. Ayah dan Papa akan jadi juri dalam semua acara. Semua wajib masuk acara sukan keluarga kita. Perbagai aktiviti yang diadakan. Ibu dan Mama pula akan menyediakan minuman dan makanan. Setiap permainan haruslah mempunyai dua orang pemain dan mesti suami isteri memandangkan semua dah kahwin.” Kebetulan semua ahli keluarga mereka lengkap. Adik beradik Fawwaz dan Marlia semua hadir.

“Kami membuat acara ini bagi mengerat silaturrahim antara keluarga Encik Baim dan saya sekeluarga juga bagi meraikan majlis perkahwinan Marlia dan Fawwaz semalam.” Encik Ziad pula bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience