BAB 3

Romance Completed 2733

Belum sempat Puan Nurin menjawab salam, Fawwaz sudah menyampuk. “Apalah ibu ni? Tak baik tipu orang. Minta maaf ye makcik, kami tadi singgah ke kedai buku. Ibu saya nak beli buku.” Jujur Fawwaz .

“Adik ni tak pandai cover line betul.” Bisik Puan Hasnah kepada Fawwaz .

“Eh, bukan ibu sendiri ke yang cakap jangan menipu.” Fawwaz ini seorang yang pandai menjawab.

“Ni tipu sunat namanya.”

“Owh.” Walaupun Fawwaz tidak tahu apa itu tipu sunat, dia buat-buat faham. Nanti carilah kat Google.

‘Ada ke tipu sunat erk? Tak pernah dengar pun.’ Fawwaz blur.

Setelah Fawwaz dan Puan Hasnah selesai berbisik, Puan Nurin bersuara. “Jomlah makan. Fawwaz , nilah bakal isteri kamu.” Puan Nurin memperkenalkan Marlia kepada Fawwaz .

Semasa makan, Fawwaz dan Marlia langsung tidak bersuara. Mereka akan menyampuk sekali-sekala sahaja dalam perbualan ibu mereka.

“Hasnah , jom kita pergi jalan-jalan. Fawwaz , kamu temankan Lia makan ye.” Puan Nurin sengaja meninggalkan Marlia dan Fawwaz berdua. Kalau tidak, sampai esok pun tak dapat menyesuaikan diri.

“Tapi…” Serentak Marlia dan Fawwaz berkata.

“Bye.” Mereka tidak mempedulikan apa yang mahu dikatakan oleh Fawwaz dan Marlia .

Setelah mereka pergi, masing-masing mendiamkan diri. Fawwaz menarik nafas dalam-dalam kemudian bersuara. “Kak Lia ke yang nak kahwin dengan Fawwaz atau pilihan keluarga?”

“Fawwaz akan tahu setelah saya kahwin dengan Fawwaz . Fawwaz janganlah panggil saya kakak lagipun tak lama lagi kita kan nak kahwin.” Marlia berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience