BAB 13

Romance Completed 2733

Marlia tahu permainan itu. Semua menyokong Fawwaz. “Baiklah. Kita main Kamu Sorok Kami Cari.”

Marlia memilih Fawwaz untuk menyorok.

“Cikgu main sekali ke?” Tanya Fawwaz pula. Dia tidak biasa memanggil Marlia, cikgu.

“Ye.”

Semasa semua orang sedang mengira 1-20 Fawwaz terus pergi berjalan-jalan. Dia tidak mencari tempat untuk menyorok malah berjalan dengan selamba sahaja. Semua orang sedang mencarinya. Dia hanya memerhatikan Marlia dari tingkat atas.

“Sayang..” Tiba-tiba Fawwaz terdengar suara seorang wanita dari belakangnya. Wanita itu ingin memeluk Fawwaz tetapi dengan pantas Fawwaz berlari turun ke bawah. Dia tahu pelajar itulah yang gila padanya. Setiap hari akan mengganggunya. Semua pelajar yang mencarinya dapat melihatnya terus berlari mengejarnya.

Setelah Fawwaz pasti yang tiada siapa dapat melihatnya di dalam stor sukan, dia keluar. Marlia sedang berdiri di situ. “Dah jumpa pun!” Kata Marlia.

Semua pelajar kelas 5 Merah terus mendapatkan cikgunya. “Wah, hebatlah cikgu.” Puji mereka.

Kringg!

Loceng sekolah berbunyi menandakan pelajaran sudah tamat. Fawwaz mengambil begnya lalu menuju kearah tempat letak kereta. Kelihatan Marlia sedang menunggunya.

Marlia masuk ke dalam perut kereta Ferrari Fawwaz. Begitu juga dengan Fawwaz. “Awak tak risau ke kalau kawan-kawan awak nampak saya naik kereta dengan awak?” Tanya Marlia.

“Takpe. Pandai-pandailah saya cover line ye Cikgu Marlia.” Gurau Fawwaz tapi ada baiknya juga jika dia sudah berkahwin. Dapatlah dijadikan alasan kenapa dia tak boleh ada kekasih hati terutamanya dengan Izzati. Minah tomboi yang suka cari pasal dengannya. Dahlah cari pasal, ada hati nak jadi kekasih Fawwaz pulak tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience