BAB 2

Romance Completed 2733

“Adik solat dulu lepas tu bersiap, ibu nak ajak kamu jumpa bakal isteri kamu.” Kata Puan Hasnah sambil memandang wajah anak kesayangannya.

“Umur dia berapa bu?” Tanya Fawwaz . Sebelum berkahwin, dia mahu mengetahui hal peribadi isterinya.

“25 tahun.” Puan Hasnah menjawab sambil tersenyum. Akhirnya, Fawwaz sudah mahu mengenali bakal isterinya.

“Kerja kat mana?” Tanya Fawwaz pula.

“Nanti adik tanyalah dia sendiri. Dah, cepat bersiap. Pakai baju yang bergaya sikit.” Mendengar perkataan bergaya itu membuatkan dahi Fawwaz berkerut. Takkan jumpa bakal isteri je pun nak pakai bergaya sangat kot.

“Adik nak pakai simple je boleh ye bu?” Fawwaz paling tidak suka pakai pakaian yang bergaya tetapi kalau pakai pakaian simple pun tetap nampak bergaya.

“Hmm.. Solat jangan lupa pulak. Ibu nak bersiap jugak ni.” Puan Hasnah berlalu pergi.

“Mana dia ni Ma? Kita punyalah tunggu setengah jam kat sini. Macam tunggul kayu pun ada.” Marlia Arissa merungut.

“Tunggulah dulu. Kenapa? Lia bosan ke?” Tanya Puan Nurin dengan lemah lembut.

“Hah, tu diorang sampai pun.” Belum sempat Marlia menjawab, Puan Nurin berkata.

Eh, macam kenal je perempuan ni. Baru aku ingat, nilah kakak yang dekat universiti tempat aku melawat dulu. Memori Fawwaz masih ingat akan perempuan ini. Dia yang mencubit pipi Fawwaz geram kerana Fawwaz comel dulu.

“Assalamualaikum Ida, Lia. Minta maaf ye sebab lambat. Jalan raya sesak tadi.” Puan Nurin adalah sahabat baik Puan Hasnah . Setelah beberapa hari mereka berbincang, akhirnya mereka bersetuju untuk menyatukan Fawwaz dengan Marlia tetapi kenapa terlalu awal? Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience