BAB 9

Romance Completed 2733

Marlia ingin pergi turun ke bawah. “Awak nak pergi mana?” Tanya Fawwaz.

‘Takkanlah masa aku sakit ni dia nak tinggalkan aku kot.’

“Nak ambil air untuk awak.” Jawab Marlia jujur.

“Tak payahlah. Awak temankan saya kat sini je.” Kata Fawwaz. Dia mahu Marlia menemani sahaja sepanjang dia masih tercedera.

Tiba-tiba Fawwaz bangun dari berbaring. “Eh, awak pulak nak ke mana ni?” Marlia risau.

“Saya nak pergi duduk kat sofa. Tengok tv. Bosanlah baring je.” Fawwaz memang cepat bosan jika tidak melakukan apa-apa. Dia memang seorang yang aktif. Pernah juga dia dimarahi oleh ibunya kerana bermain bola di dalam rumah.

“Biar saya tolong.” Marlia ingin menghulurkan bantuan.

“Takpe. Saya boleh jalan sendiri.” Baru selangkah Fawwaz berjalan, sudah terjatuh. Nasib baik Marlia sempat menyambutnya.

Eh, dah macam terbalik dah. Selalunya perempuan yang terjatuh lepas tu lelaki sambut tapi kali ni lelaki jatuh perempuan sambut.

“Kan papa dah cakap tadi awak tak boleh bergerak banyak sangat.” Marlia terus memapah Fawwaz ke sofa.

“Yelah Cikgu Marlia.” Jawab Fawwaz sambil tergelak kecil.

“Sakit-sakit macam ni pun masih nak bergurau ye. Awak kena banyak berehat, esok kan nak sekolah.” Marlia duduk di sebelah Fawwaz.

“Tahulah.” Fawwaz mengukirkan senyuman. ‘Comelnye! Suka tengok dia senyum.’

Fawwaz merebahkan kepalanya ke atas pangkuan Marlia. Marlia langsung tidak kisah. Dia mengambil majalah lalu membaca. Setelah dia selesai membaca, dia memandang Fawwaz. “Dah tidur rupanya. Comelnye awak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience