BAB 7

Romance Completed 2733

“Ok, semua bersurai. Mandi dan pakai pakaian sukan.” Semua mengambil tuala. Di bilik masing-masing semuanya ada tandas. Terdapat 15 bilik dan 17 tandas. Kolam renang juga terdapat di belakang halaman rumah tetapi semua ingin mandi di dalam bilik masing-masing. Banglo itu memang besar. Dua tingkat. Di halaman juga disediakan tempat berkebun, padang bolasepak, futsal, bola keranjang dan ruang yang besar untuk apa-apa majlis.

Setelah semua sudah berhimpun di padang, Encik Baim pun bersuara. “Permainan pertama adalah si suami haruslah membawa si isteri tetapi si suami harus berlari dengan masuk di dalam guni ini.” Setelah memberi demo, mereka memulakan permainan pertama.

“3, 2, 1, mula!” Dengan lajunya Fawwaz berlari dengan kakinya di masukkan ke dalam guni mendapatkan isterinya lalu berpatah balik sambil menggendong isterinya. Terlopong Encik Baim dan Encik Ziad melihat. Tidak menyangka yang Fawwaz ada bakat dalam sukan. Sungguh pantas, 30 saat sahaja. Nafas Fawwaz masih teratur. Tidak seperti orang lain, semuanya sudah seperti tidak larat.

Encik Ziad berkata setelah mencatat markah. “Permainan seterusnya, 6 orang pemain yang berpasangan haruslah bermain futsal.” Kebetulan di situ ada 16 orang pemain jadi mereka berbincang. Setelah berbincang, mereka pun membahagikan pasukan.

“Sila lantik seorang kapten dan kapten sila ke hadapan dan bagitahu nama kumpulan.” Fawwaz dan abang Marlia, Hamizul kehadapan. Fawwaz mengambil keputusan untuk menamakan pasukan mereka adalah pasukan ‘Kami Pejuang Islam’ manakala Hamizul pula memberikan nama pasukannya adalah pasukan ‘Takkan Kalah Punya’.

“Permainan dimulakan.” Encik Baim meniup wisel. Hamizul dan Fawwaz sangat sengit. Mereka asyik merampas bola sesama sendiri. Wisel ditiup kerana Fawwaz terjatuh. Hamizul geram kerana tidak dapat melepasi Fawwaz jadi dia dengan sengajanya menyepak kaki Fawwaz dengan kuat.

“Awak tak apa-apa ke?” Marlia yang berada di posisi penyerang terus berlari anak kearah Fawwaz apabila melihat Fawwaz terjatuh. Dia risaukan Fawwaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience