BAB 23

Romance Completed 2733

“Hmm, itu pendapat awak ye Fawwaz. Murid-murid lain setuju tak?” Tanya Marlia.

“Tak setuju sangat-sangat.” Serentak sekelas berkata. Ingat senang ke nak bercerai-berai ni. Tak masuk akal langsunglah jawapan Fawwaz ni. Marlia menggelengkan kepalanya.

Setelah balik dari sekolah, Marlia menyemak buku-buku anak muridnya di ruang tamu. Setelah beberapa minit, barulah Marlia naik ke bilik apabila mengingatkan Fawwaz yang dari tadi tidak keluar-keluar dari dalam bilik. Dia memerhatikan sekeliling bilik tetapi tiada kelibat Fawwaz. Dia mengambil telefon bimbitnya di atas katil apabila ada mesej masuk. Dia membaca.

Ibu nak kamu ke dewan sekarang. – Ibu Hasnah

Marlia mengambil tudungnya lalu mengambil kunci kereta. Dia turun ke bawah lalu memandu keretanya ke dewan. Sampai di sana, Encik Baim menyuruhnya masuk ke dalam dewan yang tidak pernah dimasukinya. “Duduk sini.” Jemput Encik Baim. Wah, majlis apa pulak ni. Ada pentas pulak tu. Marlia memerhatikan dewan yang sudah dipenuhi dengan ramai orang. Para pelajarnya juga ada di situ.

“Kita mempersilakan Kumpulan Nakal ke pentas untuk menyanyikan lagi yang direka oleh ketua kumpulan mereka.” Para penonton seperti sudah mengenali Kumpulan Nakal. Ya, memang. Kumpulan Nakal memang kumpulan yang terhebat dan terkenal di sekolah para pelajar yang menjadi penonton itu.

Marlia hanya memerhatikan Kumpulan Nakal ke pentas tetapi salah seorang dari kumpulan mereka menggunakan cap. Fawwaz ? Marlia terkejut tetapi dia hanya berbuat selamba. Bermulalah nyanyian dari Fawwaz. Ahli-ahli yang lain hanya memainkan muzik.

Saat aku kenali dia

Hati ini selalu gundah

Selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku

Ku harap semua pun tahu

Bahagia terasa bila ku melihat senyumannya

Aku sedang ku telah jatuh cinta

Dengannya hatiku terasa

Luar biasa

Aku tahu kau selalu curi lihat aku

Matamu

Jelaskan kau mahu

Katakan padaku kasih

Andainya kau punya perasaan sepertiku agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih

Jawablah perasaan hatiku yang berdebar

Ku selalu terbayang senyummu

Selalu ku terbayang…

Senyummu…

Selesai menyanyi, Fawwaz, sebagai seorang ketua memberi ucapan. “Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Lagu yang saya nyanyikan tadi, khas buat seorang insan tersayang iaitu isteri saya, Marlia Arissa.” Marlia terkedu. Fawwaz mengaku? Semua para pelajar di dalam dewan itu memandangnya dengan Fawwaz.

“Marlia Arissa, saat pertama kali aku mengenalimu, aku sudah jatuh cinta kepadamu dan aku tahu yang kau selalu curi melihat aku bukan? Aku ingin engkau tahu yang aku amat mencintaimu.” Semua penonton bertepuk tangan setelah Fawwaz selesai berucap. Macam mana Fawwaz tahu yang aku selalu curi melihat dia. Ahh, malunya tapi aku pun cintakan kau Fawwaz.

Setelah semua rakan-rakan Fawwaz dan Marlia pulang, tangan Fawwaz melingkari pinggang Marlia dari belakang. “Sekarang, awak tahu kan betapa saya sayang awak jadi awak janganlah merajuk lagi.”

Marlia tersenyum. “Saya tak merajuk pun.” Jawab Marlia. Dia memusing wajahnya memandang Fawwaz.

“Yelah tu. Awak mengaku jelah yang awak merajuk.”

“Taklah. Saya tak merajuk. Awak cakap jelah apa yang awak nak saya buat asalkan awak percayakan saya.” Kata Marlia.

“Ok. Apa-apa je? Hmm.. Saya nak awak cium saya.” Fawwaz tersenyum nakal.

“Miang keladi betullah budak ni. Tak padan dengan budak kecik.” Marlia mahu mengelak daripada mencium Fawwaz. Malulah aku nanti.

“Kalau tak cium, taknaklah percaya.”

Cup!

Satu ciuman hinggap di pipi Fawwaz. Fawwaz tersenyum kemenangan lalu ketawa melihat wajah Marlia yang sudah merah menahan malu.

“Awak jahat.” Marlia memukul bahu Fawwaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience