BAB 5

Romance Completed 2733

Tiba-tiba seseorang yang dikenali oleh Marlia masuk ke dalam kedai baju pengantin itu bersama seorang wanita yang berpakaian sungguh seksi.

Miskin sangat sampai tak cukup kain nak tutup aurat tu. Uppss.. Terngumpatlah pulak. Dengan spontannya Marlia memegang tangan Fawwaz erat. Sakit hati memandang lelaki itu.

Lelaki tadi dengan perasaan cemburunya, dia juga buat-buat mesra dengan perempuan di sebelahnya. Dia memilih baju kahwin siap tangan gatal nak pegang perempuan.

Meluat aku tengok lelaki kasanova ni.

Fawwaz yang melihat Marlia asyik memandang lelaki itu terus menegur. “Tak baik tau tengok lelaki macam tu. Lagi satu, kalau ye pun tak sabar nak kahwin, janganlah sampai pegang tangan Fawwaz . Tunggu lepas kahwinlah.”

Astaufirullahalazim. Lupa pulak aku yang wujudnya orang kat sebelah aku ni. Malunya aku..

“Sorry ye Fawwaz .” Marlia melepaskan tangan Fawwaz .

Keesokan harinya, semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu, semua sibuk dengan kerja masing-masing. Mengemas rumah. Marlia dan Fawwaz pula tidak dibenarkan berbuat apa-apa. Hanya duduk di bilik dan berehat.

“Fawwaz ..” Panggil Marlia .

“Ye, kak.. Eh, lia.” Fawwaz masih tidak biasa.

“Jom tengok tv sama-sama. Awak tak bosan ke baca buku je dari tadi?” Ajak Marlia .

“Jomlah.” Fawwaz menutup novelnya lalu menuju ke sofa. Langsung tidak menjawab pertanyaan Marlia . Mereka duduk bersama-sama di sofa sambil menonton televisyen.

“Aaaah!” Marlia menjerit kerana terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience