BAB 12

Romance Completed 2733

“Kamu semua jangan nakal tau. Lia, saya nak uruskan murid tingkatan 1 dulu ye.” Guru besar meminta izin untuk berlalu pergi.

“Cikgu, cikgu dah kahwin belum?” Tanya salah seorang pelajar. Kelas mula bising tetapi setelah pelajar itu bertanya semua senyap kerana mereka juga ingin tahu.

“Secret. Oklah, cikgu nak kamu semua memperkenalkan diri. Kamu mula dulu.”

Setelah semua memperkenalkan diri, tinggallah Fawwaz seorang yang belum memperkenalkan dirinya.

“Yang budak lelaki comel tu, siapa nama?” Tangannya ditujukan kepada suaminya sendiri.

Merah padam muka Fawwaz apabila isterinya memujinya comel. “Nama saya Fawwaz Atif. Panggil saya Fawwaz je.” Kata Fawwaz. Dia rasa malu pula apabila bercakap dengan Marlia di dalam kelas.

“Ok. Hari ni cikgu tak akan ajar kamu bahasa melayu dulu. Kita buat game. Ada cadangan?”

“Cikgu, kita main teka-teki.” Cadangan diberikan oleh beberapa pelajar.

“Belajar je.”

“Main telefon rosak.” Bermacam-macam cadangan yang diberikan.

“Fawwaz, apa cadangan kamu?” Marlia menanyakan kepada Fawwaz memandangkan Fawwaz mendiamkan diri. Sebenarnya Marlia juga tidak menyangka yang dia akan berpindah ke sekolah suaminya. Last minute guru besar cakap dia akan berpindah.

“Kita.. kita.. kita main.. main.. hah, kita main Kamu Sorok Kami Cari.” Hanya permainan itu sahaja yang ada di fikirannya semasa itu. Marlia sengaja bertanya kepada suaminya kerana dia mahu Fawwaz biasa dengannya sepanjang dia menjadi guru Fawwaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience