BAB 15

Romance Completed 2733

“Aku nak kau pergi sini malam ni atau nyawa keluarga kau akan terancam.” Lelaki itu berlalu pergi setelah dia membaling kertas yang terdapat alamat rumahnya.

Pergi rumah dia? Fawwaz masuk ke dalam kereta.

“Awak ok ke Fawwaz ? Lelaki tu nak apa? Kenapa dia belasah awak?” Bertubi-tubi soalan dikeluarkan oleh Marlia.

“Saya ok.” Itu sahaja yang dikatakan oleh Fawwaz. Dia mengelap darah di bibirnya menggunakan sapu tangan.

‘Aku mesti rahsiakan perkara ni dari isteri aku.’

“Biar saya yang pandu kereta ye?” Marlia begitu risaukan suaminya.

Fawwaz hanya mengangguk. Dia sudah tidak mampu menghalang kerana kepalanya sakit. Mungkin kerana terhentak semasa lelaki tadi menumbuknya tetapi siapa lelaki tadi? Kenapa dia nak Fawwaz pergi rumah dia?

“Awak berehatlah dulu.” Kata Marlia sambil matanya cuba fokus kepada pemanduannya.

“Awak, malam ni saya nak keluar boleh?” Fawwaz meminta izin. Macam pelik je suami minta izin.

“Boleh tapi saya temankan ye.” Marlia seperti dapat meneka Fawwaz ingin berjumpa dengan siapa. Dia risau jika ada apa-apa berlaku kepada suaminya.

“Takpe, saya boleh pergi sendiri.” Fawwaz menolak permintaan Marlia. Dia tidak mahu Marlia terlibat dalam hal ini.

Marlia tidak memaksa. Sampai sahaja di rumah, Marlia berpimpin tangan dengan Fawwaz masuk ke dalam rumah baru mereka. Rumah itu pembelian bapa Fawwaz. Mereka yang mahu Fawwaz dan Marlia tinggal di rumah sendiri lebih awal. Fawwaz pun tidak tahu kenapa mesti berpindah awal. Dia tidak kisah lagipun barang-barang mereka semuanya sudah dipindahkan ke rumah banglo dua tingkat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience