BAB 19

Romance Completed 2733

“Minta maaf bang.” Sekejap sahaja sudah berubah penampilan Aqira. Fawwaz memandang Aqira tidak berkelip. Astaufirullahalazim.. Mengucap Fawwaz, kau tu dah jadi suami orang. Cepat-cepat Fawwaz mengalihkan pandangannya.

“Bang Min, boleh tak saya tanya kenapa jemput saya pergi sini ye?” Tanya Fawwaz.

“Sebenarnya abang nak bincang sesuatu dengan Fawwaz ni.” Kata Muhaimin. Aqira duduk di sebelah abangnya. Seorang kanak-kanak perempuan membawa tiga cawan kopi.

“Abang, ika nak pergi jalan-jalan dengan abang Putra.” Kata kanak-kanak yang kelihatan berusia enam tahun itu. Dia duduk di atas pangkuan Muhaimin.

“Ye ke? Abang Putra ajak pergi mana?” Tanya Muhaimin lalu memberikan secawan milo panas itu kepada Ika.

“Abang Putra ajak pergi The Spring. Tengok Bola Kampung 3D.” Kata Ika dengan senyuman lebar lalu meneguk air dengan perlahan-lahan..

Tiba-tiba seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan Fawwaz turun dari tangga. Ika terus berlari memeluk lelaki itu. “Putra, sini kejap. Abang nak kenalkan kamu dengan kawan abang.” Kata Muhaimin.

“Fawwaz, ni adik abang, Putra Muslim. Putra, ni kawan abang, Fawwaz Atif.”

Mereka bersalaman. “Kita pernah berjumpa kan?” Tanya Putra. Dia nampak kacak dengan jaket hitam di baju t-shirt pendeknya yang berwarna merah.

“Mestilah.” Fawwaz dan Putra berpelukan. Seperti sudah kenal sebelum ini. Ya, mereka memang sudah lama kenal tetapi Putra sekarang sudah 17 tahun. Dia kadang-kadang sahaja balik ke rumah kerana dia dihantar oleh abangnya ke sekolah tahfiz.

“Baguslah kalau dah kenal lama.” Kata Muhaimin.

“Aida, Siti, abang Putra nak pergi The Spring tengok wayang. Nak ikut tak?” Tanya Putra kepada dua orang adiknya yang baru sahaja berjalan ke ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience