BAB 20

Romance Completed 2733

“Nak.” Serentak mereka berkata.

“Abang Min, Putra pergi dulu ye.” Putra menyalam tangan Muhaimin.

“Jaga adik baik-baik ye.” Putra keluar disusuli dengan 3 orang adiknya lalu masuk ke dalam kereta BMW milik Putra.

Amira, adik ketiga Muhaimin naik ke bilik untuk tidur. Mungkin sudah selesai membuat kek. Dia memang seorang yang gemar membuat kek. Setiap hari kerjanya hanya mencari resepi baru dan membuat kek sahaja. Bahan-bahan semuanya Putra yang tanggung kerana Muhaimin terlalu sibuk dengan kerjanya.

Aqira menguap. “Abang, Qira masuk bilik dulu ye.” Muhaimin hanya mengangguk.

Setelah Aqira masuk ke dalam biliknya barulah Muhaimin bersuara. “Fawwaz sukakan Aqira?”

Fawwaz yang mengelamun terus tersedar. “Hah?”

“Fawwaz sukakan Aqira ke? Tolong jawab dengan jujur.” Muhaimin bertanya sekali lagi.

“Eerr.. Kenapa abang Min tanya?” Fawwaz hairan dengan soalan yang diberikan oleh Muhaimin.

“Takde apa-apalah. Minumlah air tu. Nanti sejuk tak sedap pulak.” Fawwaz meneguk air itu.

“Bang Min, Fawwaz nak balik rumah ye. Dah lewat ni lagipun abang Min tanya tu je kan.” Fawwaz risau isterinya yang keseorangan di rumah.

Baru sahaja Fawwaz bangun dari sofa, dia sudah terhuyung-hayang. “Abang Min rasa Fawwaz tidur sini jelah. Biar abang Min tolong ye.” Muhaimin memapah Fawwaz keatas lalu menuju ke sebuah bilik. Muhaimin meninggalkan Fawwaz keseorangan di dalam bilik tamu.

Fawwaz membuka matanya apabila terdengar suara seseorang. “Astaufirullahalazim Fawwaz.” Putra menggosok kepalanya memikirkan perkara apa yang boleh membuatkan Fawwaz sedar dari tidur. Sudah mahu habis waktu Subuh. Fawwaz yang masih mamai itu terus terkejut apabila dia berasa yang dia bukannya di rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience