BAB 21

Romance Completed 2733

“Dah bangun pun. Fawwaz, kau ni susah betul nak bangun. Solat Subuh dulu, kau ok tak ni? Semalam abang aku cakap kau pening kepala.” Kata Putra kepada Fawwaz. Fawwaz langsung tidak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang dia ingat ialah Muhaimin memapahnya ke atas.

“Pening sikit je ni. Kat mana arah kiblat?” Tanya Fawwaz. Dia mahu solat sendirian. Terasa sedikit lenguh kepalanya padahal dia tidur diatas katil yang agak selesa.

“Aku dah bentangkan sejadah kat situ. Kau ikut je arah sejadah tu.” Kata Putra lalu menuju ke biliknya semula. Dia mahu menyiapkan kerjanya sementara menanti abangnya, Muhaimin balik dari masjid.

Fawwaz memerhatikan sekeliling bilik itu. Tak ada tandaslah. Terpaksa jugak guna tandas luar. Fawwaz menuju ke luar bilik tetamu lalu menuju ke tandas luar bilik. Fawwaz menanti orang yang sedang menggunakan tandas. Aqira baru sahaja selesai mandi tersenyum melihat Fawwaz berdiri di luar pintu.

Fawwaz masuk ke dalam tandas lalu mengambil wuduk. Setelah Fawwaz selesai mengambil wuduk, dia terus mengerjakan solat.

Fawwaz segera keluar dari rumah itu setelah meminta izin lalu masuk ke dalam perut kereta. Dia harus segera pulang ke rumah untuk menukar baju sekolah dan mengambil Marlia. Pasti Marlia risaukannya. Sampai sahaja di rumahnya, Marlia sudah menantinya. “Minta maaf ye awak. Malam tadi saya pening kepala dan Abang Min suruh saya tidur kat situ.”

“Hmm..” Itu sahaja jawapan Marlia. Dia masuk ke dalam perut kereta manakala Fawwaz keluar menuju ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya kepada baju sukan kerana hari ini mereka ada Pendidikan Jasmani juga pemilihan pemain bolasepak.

“Awak marah saya ke sebab saya tak balik malam tadi?” Tanya Fawwaz. Takkan merajuk kot. Terus-terang aku cakap, aku memang tak pandai bab-bab pujuk-memujuk ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience