BAB 8

Romance Completed 2733

“Sorry Fawwaz.” Hamizul menghulurkan tangannya. Hamizul memang seorang yang emosi dan agresif apabila bermain tetapi itu hanya semasa bermain. Kerana terlalu fokus untuk menang, dia akan bermain dengan cara kasar.

“Takpe. Saya ok.” Fawwaz cuba untuk bangun tetapi dia terduduk semula.

“Biar saya tengok kaki awak.” Marlia menghulurkan bantuan. Kaki Fawwaz lebam.

“Teruknya… Pa, ganti pemainlah pa. Teruk ni.” Marlia memapah Fawwaz ke tepi padang lalu menyapu ubat.

Setelah Encik Baim dan Encik Ziad membuat keputusan, mereka ingin menukar pemain. “Oleh kerana seorang pemain cedera, dua orang pemain simpanan akan masuk.”

“Takpe, Fawwaz masih boleh main pa, ayah.” Fawwaz mencelah.

“Tak payahlah Fawwaz. Kaki awak teruk ni.” Kata Marlia seraya tangannya menyapu ubat ke kaki Fawwaz.

“Agrrh!” Jerit Fawwaz. Dia terasa sakit apabila Marlia menyapu ubat tadi.

“Sorry awak.” Marlia berhenti menyapu.

“Tengok, dah sakit. Macam mana nak main? Dah-dah, keputusan ayah muktamad.” Mereka meneruskan permainan manakala Encik Ziad membantu Marlia memapah Fawwaz ke bilik di atas.

“Terima kasih pa.” Kata Fawwaz. Dia tersenyum tawar kerana menahan sakit di kaki.

“Kamu jangan banyak bergerak sangat. Duduk je atas katil tu.” Encik Ziad atau lebih dikenali sebagai Doktor Ziad berkata. Dia memang tahu yang Fawwaz ini seorang yang keras kepala. Dia berlalu pergi.

“Awak ok tak ni?” Marlia bertanya. Dia takut jika Fawwaz tidak dapat ke sekolah esok.

“Saya ok.” Jawab Fawwaz sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience