BAB 1

Romance Completed 2733

“Adik, adik dengar tak ni?” Tanya Puan Hasnah .

“Dengarlah bu. Ala ibu ni, adik masih bawah umur lagi bu. Takkanlah adik nak kahwin masa ni pulak bu. Tunggulah umur adik 25 ke 26 ke? ” Fawwaz Atif berkata membantah kata ibunya.

“Adik dengarlah cakap ibu kamu tu.” Kata Encik Baim menyebelahi Puan Hasnah . Dia memang sudah biasa dengan kedegilan anaknya itu.

“Adik taknak kahwin!” Bantah Fawwaz lalu terus menuju ke biliknya.

‘Apalah ibu ni. Aku masih bawah umur lagi bu. Dahlah nak SPM tahun ni.’ Desis hati kecilnya seraya matanya melihat komen-komen di laman Fac.

Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar bilik Fawwaz . Fawwaz terus menuju ke katil lalu berbaring. Sekali lagi pintunya diketuk. Fawwaz tidak berkata apa-apa. Oleh kerana pintu biliknya tidak dikunci, ibunya terus masuk.

“Adik..” Puan Hasnah mengusap kepala Fawwaz .

Fawwaz sengaja buat-buat merajuk supaya perkahwinannya dibatalkan. “Adik, ibu dengan ayah dah buat keputusan.” Kata-katanya terhenti di situ.

‘Batalkan.. Batalkan..’ Doa Fawwaz .

“Apa keputusannya bu?” Fawwaz terus memusing badannya kearah ibunya. Tiada nada merajuk dari Fawwaz .

“Kamu akan kahwin dua bulan sebelum SPM.” Kata Puan Hasnah .

‘Dua bulan sebelum SPM. Esok?’ “Kalau itu ketentuan Allah, adik ikut je bu.” Akhirnya Fawwaz mengalah. Sudah penat membantah. Jodoh dah sampai, nak buat macam mana.

“Kan bagus macam tu. Adik dah solat ke belum?” Tanya Puan Hasnah .

“Belum bu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience