BAB 4

Romance Completed 2733

Kenapa dia boleh segan pula dengan Fawwaz . Dulu bukan main lagi cubit pipi Fawwaz lah, puji Fawwaz lah.

“Selagi kita belum kahwin, saya akan panggil kak Lia kakak sebab saya rasa macam saya tak sopan.” Fawwaz memang seorang yang sopan.

“Ok but after we get married don’t call mekak Lia.” Entah betul ke tak ayat aku ni. BM pun tak lulus, ada hati nak speaking English.

Mereka kembali senyap melayan perasaan sendiri. Tidak tahu mahu berkata apa.

Setelah beberapa minit, ibu mereka pun sampai. “Kenapa senyap je ni? Jom kita shopping.” Ajak Puan Hasnah . Mereka pun keluar dari kedai makan di dalam The Spring lalu menuju ke MPH.

Puan Hasnah dan Puan Nurin meninggalkan mereka berdua di belakang. “Haish, masih tak mesra lagilah mereka berdua tu Hasnah .” Kata Puan Nurin .

“Nanti oklah tu. Dah bagitahu Marlia ke yang diaorang nak kahwin terus esok?” Tanya Puan Hasnah . Semua barang dah sedia, Fawwaz pun dah setuju.

“Dah. Dia kata ok je. Cuma baju kahwin je belum pilih lagi.” Mereka terus menuju ke kedai baju pengantin. Fawwaz dan Marlia hanya mengikut dari belakang tanpa bersuara.

“Fawwaz , baju ni ok tak?”

“Fawwaz ikut je bu.” Kata Fawwaz . Baju kahwin nilah paling dia tak pandai nak pilih. Kalau pilih betul-betul nanti, sampai malam pun masih tak tahu nak pilih yang mana.

“Lia?”

Marlia hanya mengangguk. Dia juga tidak pandai bab-bab pilih baju ni.

“Cik, kami pilih baju ni.” Baju berwarna hijau muda serta corak bunga berwarna kuning di bahagian lengan menjadi pilihan mereka. Sesuai dengan tema mereka berwarna hijau, mereka memilih tema Flora dan Fauna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience