BAB 14

Romance Completed 2733

“Hoi!” Baru sebut dah sampai pun minah tomboi tu.

Fawwaz keluar dari perut keretanya. “Kau nak apa lagi Zati?” Sudah malas dia mahu melayan minah berpakaian lelaki ni.

“Kau tanya aku nak apa? Aku nak kaulah.” Dengan gatalnya Izzati berkata.

“Ada-ada jelah kau ni Zati.” Marlia hanya memerhatikan Fawwaz dari dalam kereta. Dia malas mahu masuk campur hal itu kerana dia tahu para pelajar memang tergila-gilakan suaminya. Siapa yang taknak si jejaka comel lagi bijak ni.

“Apa kau cakap? Zati? Berapa kali aku nak cakap, panggil aku Izz bukan Zati.” Izzati marah. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Marlia di dalam kereta kerana tingkap kereta Fawwaz gelap.

“Kau ambil 50 ringgit ni, lepas tu pergi main jauh-jauh.” Fawwaz memberikan Izzati RM50 ringgit. Rasuah tu! He he he..

“Banyak ni. Apa-apa pun terima kasih bro.” Izzati terus hilang setelah mendapat wang. Itulah Izzati, pantang dapat duit terus lesap.

Baru sahaja Fawwaz mahu masuk kembali ke dalam kereta, seseorang menarik bajunya dengan kasar. “Bro, apasal kau tolak permintaan adik aku?” Tanya seorang lelaki yang berbaju t-shirt berlengan pendek. Baru je nak lega dah kena kacau balik.

“Siapa adik kau? Aku tak faham. Cer cerita sikit.” Fawwaz dengan tenangnya berkata. Dia langsung tidak takut dengan lelaki yang berwajah garang itu tapi dia masih tidak faham. Tolak permintaan adik dia? Permintaan apa? Siapa adik dia?

“Buat-buat tak tahu pulak.” Lelaki itu geram. Dia menumbuk muka Fawwaz. Fawwaz rebah.

“Apa ni? Aku tak tahu apa-apa pun.” Jujur Fawwaz. Dia memang tidak tahu apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience