BAB 10

Romance Completed 2733

Macam baby face pun ada.” Dia mencubit pipi Fawwaz perlahan. Takut Fawwaz sedar pula nanti.

Malam itu, setelah Fawwaz mandi, Marlia memapahnya turun ke bawah untuk makan malam. “Hati-hati kaki tu.” Kata Marlia.

“Yelah. Dari tadi awak asyik membebel je.” Rungut Fawwaz.

“Mana taknya. Awak ni keras kepala sangat.”

“Lia kena tegas sikit dengan Fawwaz ni. Dia memang keras kepala. Kalau boleh, Lia dera je dia.” Encik Baim bergurau. Setelah Fawwaz duduk di sebelah Marlia, barulah Puan Hasnah menyediakan nasi lalu memberikan kepada Fawwaz dan Marlia.

“Jom makan.” Hamizil, adik kembar Hamizul sudah tidak sabar-sabar untuk makan. Hamizul seorang yang serius manakala adiknya Hamizil seorang ceria dan nakal.

Semua makan nasi serta pelbagai lauk yang seimbang dengan berselera sekali. Air jus oren dan pencuci mulut juga disediakan. Walaupun Encik Baim dan Encik Ziad kaya tetapi mereka lebih suka tidak mempunyai membantu rumah atau maid. Semua tidak bersuara. Memang peraturan mereka, ketika makan tidak boleh bercakap. Bangun pukul 5 pagi, petang mesti bersukan. Pukul 11 malam adalah masa terakhir untuk tidur tetapi jika di rumah lain mereka boleh berbuat sesukahati tanpa jadual.

Selesai makan, mereka semua duduk di dalam perpustakaan. Marlia duduk di sebelah Fawwaz lalu mengajar Fawwaz. Fawwaz terangguk-angguk semasa Marlia menerangkan.

“Dah faham. Cuba awak buat.” Marlia memerhatikan Fawwaz menulis.

“Betul.” Setelah selesai mengulangkaji pelajaran, mereka terus masuk ke dalam bilik.

“Awak, nanti awak nak bagitahu kawan-kawan awak ke yang awak dah kahwin?” Tanya Fawwaz.

“Kalau awak?” Marlia menyoal semula. Dia akan ikut suaminya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience