BAB 22

Romance Completed 2733

“Hmm..” Dari tadi itu sahajalah jawapan dari Marlia. Marlia menoleh ke cermin tingkap keretanya. Dia mengukirkan senyuman yang melebar. Dia menahan tawanya. Aku nak tengok setakat mana kau boleh pujuk aku.

Fawwaz menghidupkan enjin keretanya lalu kereta Lamborghini milik Fawwaz. Dia mempunyai dua kereta, Ferrari dan Lamborghini. Aku dah tahu dah caranya. Fawwaz tersenyum. Hanya satu idea sahaja yang dia dapat fikir sekarang untuk memujuk Marlia. Seperti biasa, mereka mula melakonkan watak sebagai seorang pelajar dan guru di sekolah.

“Iman, tolong jawab soalan ni.” Kata Marlia lalu menghulurkan sebatang kapur kepada Iman. Iman mengambil lalu menjawab dengan berkeyakinan. Biasalah, budak pandai.

“Fawwaz, tolong jawab soalan kedua.” Marlia tidak menghiraukan murid-muridnya yang lain yang sedang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Fawwaz yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia terus ke hadapan untuk menjawab soalan Marlia. Apa punya soalan ni? Susah betul lagipun tak ada kena mengena dengan Bahasa Malaysia pun. Dia mendongak sedikit lagi untuk melihat tajuk. Owh, patutlah. Diaorang semua ni yang suruh buat tajuk Suami Isteri. Apa punya tajuklah.

Fawwaz masih berdiri seperti tiang bendera di hadapan. Semua menanti Fawwaz menjawab dengan sabar. Fawwaz membaca berkali-kali soalan itu. Macam ada kena mengena dengan aku je ni.

“Fawwaz, dapat jawab ke tak tu.” Marlia berkata. Dia menahan tawanya. Fawwaz tidak memberi respons.

Owh, kau kenakan aku ye Lia. Nanti kau! Fawwaz menjawab lalu terus duduk di kerusinya. Marlia tidak percaya akan jawapan Fawwaz.

2. Isteri merajuk.

a) Kalau isteri merajuk, apa yang akan anda buat?

Tak payah pujuk.

b) Kalau dia masih merajuk?

Kalau si isteri masih merajuk, ceraikan je.

c) Adakah anda yakin, ianya akan berjaya?

Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience