BAB 16

Romance Completed 2733

Marlia masuk ke dalam rumah manakala Fawwaz berjalan-jalan sekitar halaman rumah. Rumah itu lebih kurang sama besar dengan rumah Encik Baim tetapi rumah ini sedikit kecil dari rumah Encik Baim. Bilik di sini ada lapan. Tandas ada lima. Ruang tamu ada dua. Satu untuk mereka berdua sahaja, satu lagi untuk tetamu yang datang. Perabot, televisyen, penghawa dingin, semuanya telah tersedia.

Fawwaz melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menaiki anak tangga satu persatu lalu menuju ke bilik yang terdapat katil king size. Dia terus mandi. Selesai mandi, dia memakai baju berwarna kuning berlengan panjang lalu solat Zuhur.

“Awak, meh sini saya lapkan bibir awak dengan air.” Marlia yang sedang duduk di bahagian sofa di dalam bilik itu memanggil Fawwaz untuk duduk di sebelahnya. Fawwaz terus duduk. Marlia mengelap bibir Fawwaz dengan berhati-hati. Luka di kakinya juga sudah semakin pulih cuma masih sedikit lebam. Selesai mengelap, Marlia terus ke dapur. Fawwaz mengikutnya dari belakang. Dia memerhatikan isterinya memasak tanpa bersuara.

“Dah siap.” Marlia bersuara menyebabkan lamunan Fawwaz mati. Entah apa yang sedang difikir olehnya.

“Cuba rasa.” Marlia meletakkan semangkuk sup ayam di atas meja makan. Sebenarnya ini pertama kali dia membuat sup ayam, sebelum ini dia hanya memerhatikan sahaja ibunya memasak. Tolong pun tak pernah apatah lagi memasak. Setakat hidangkan atas meja adalah.

Fawwaz tersenyum tetapi senyuman agak kelat setelah mencuba sup itu. “Kenapa ada apa-apa yang kurang ke?” Tanya Marlia. Malulah aku kalau Fawwaz tahu aku tak pandai masak tapi kira oklah dapat masak nasi goreng daripada tak pandai masak apa-apa.

“Awak cubalah sendiri. Saya nak pergi solat dulu, nanti kalau awak dah perbaiki awak panggil saya ye?” Fawwaz terus menaiki anak tangga menuju ke bilik.

“Ok.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience