BAB 17

Romance Completed 2733

Setelah beberapa minit Marlia memperbaiki makanannya, Fawwaz turun dengan berpakaian segak. Rambutnya agak sedikit pacak itu menampakkan lagi kehensemannya. Warna bajunya yang cerah itu sesuai dengan kulitnya yang agak putih itu. “Fawwaz, jomlah makan.” Rasanya inilah kali pertama Marlia memanggil nama Fawwaz.

Fawwaz terus duduk di kerusi yang berada di ruang makan itu. Dia menghidu bau butter prawn kegemarannya membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk makan. “Bukan awak masak sup ayam ke tadi?” Fawwaz hairan.

“Saya dah buang tadi sebab salah buat. He he he..”

“Nah.” Marlia menghulurkan sepinggan nasi berserta lauk kepada Fawwaz. Fawwaz membasuh tangan lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Marlia. Marlia tidak menyangka yang Fawwaz akan menggunakan tangan sahaja. Dia memang lebih selesa makan menggunakan tangan tetapi terasa tidak sopan pula apabila dilihat Fawwaz nanti.

Tidak sangka udangnya kali ini menjadi. Dia teringin mendengar pujian dari Fawwaz malangnya, satu perkataan pun tidak keluar dari mulut Fawwaz ketika makan. Dia memberanikan diri untuk bertanya. “Ok ke udang tu?” Tanya Marlia.

Fawwaz mengangguk. “Kalau awak nak guna tangan semasa makan pun boleh.” Fawwaz perasan akan Marlia yang seperti tidak selesa menggunakan sudu.

“Boleh ke?”

“Mestilah boleh. Makan guna tangan ni sunah nabi tau.” Kata Fawwaz.

Memang Marlia pernah membaca tapi dia terlupa. Marlia hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Fawwaz. Marlia meletakkan sudu di atas meja lalu makan dengan menggunakan tangan kanannya yang baru sahaja dibasuh.

Marlia dan Fawwaz sudah selesai makan. Fawwaz mencuci tangannya lalu kembali duduk di kerusi ruang makan. “Awak, saya keluar dulu ye.” Fawwaz berkata. Marlia yang baru sahaja teringat yang Fawwaz ingin keluar mengangguk membenarkan Fawwaz pergi.

Kali ini Marlia terasa tidak sedap hati. Aku mesti siasat. Marlia menuju ke atas untuk menukar pakaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience