BAB 11

Romance Completed 2733

“Saya rasa setakat ni saya taknak diaorang tahu selagi saya tak habis SPM.” Dia takut jika ada gadis-gadis yang menyimpan perasaan terhadapnya akan cemburu. Dia amat pasti dalam kalangan gadis-gadis di sekolahnya, memang ada yang sudah berangan-angan untuk berkahwin dengannya.

“Saya pun akan rahsiakan selagi awak belum SPM. Saya nak awak fokus SPM dulu. Biar saya yang cari duit untuk tanggung makan minum kita.” Marlia berkata. Dia risau jika Fawwaz tidak dapat menumpukan perhatian kepada ujian SPM yang akan berlangsung 2 bulan sahaja lagi.

“Tapi..” Fawwaz serba salah. Sepatutnya suami yang harus bertanggungjawab.

“Takde tapi-tapi lagi. Jom tidur.” Mereka terus tidur dengan selimut menutupi badan.

Keesokan harinya, Fawwaz ke sekolah Marlia dahulu baru dia ke sekolah dengan menaiki kereta Ferrarinya. Sampai di sekolah, Fawwaz terus duduk di kerusinya. Seperti biasa, ada sahaja perempuan yang memujinya. Comellah, pandailah, ada jugak yang nakkan harta je.

Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah matapelajaran terakhir. Fawwaz mengeluarkan buku latihan Bahasa Melayu lalu diletakkan di atas meja. Sementara menunggu Cikgu Halifah Afeefa masuk, dia membelekkan novel yang diterima olehnya tadi.

Tiba-tiba guru besar dengan seorang wanita berbaju kurung berserta tudung berwarna hijau masuk ke dalam kelas 5 Merah.

“Assalamualaikum guru besar.” Murid kelas 5 Merah memberi salam.

“Waalaikummussalam. Cikgu lupa nak cakap hari tu yang Cikgu Halifah dah berhenti kerja sebab dia dah kahwin dan dia sampaikan salam sayang kepada anak murid dia. Ni cikgu Marlia. Lia, kenalkan diri.”

‘Ya Allah, isteri aku ajar aku. Ni yang susah ni nak belajar dengan isteri sendiri.’

“Assalamualaikum. Nama cikgu Marlia Arissa Binti Ziad. Cikgu akan mengajar kamu Bahasa Melayu dan juga guru kelas. Cikgu harap murid-murid semua akan memberi kerjasama dengan cikgu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience