BAB 18

Romance Completed 2733

Fawwaz sudah berada di hadapan pintu rumah banglo dua tingkat milik Hisyam, abang Aqira. Dia terkaku sebentar di muka pintu. Banyak betul kereta dekat rumah ni. Fawwaz melihat 6 buah kereta yang berada di perkarangan rumah banglo yang luas itu. Boleh ditambah lagi beberapa buah kereta untuk diparkir kerana ruang masih luas.

Loceng ditekan beberapa kali. Seorang lelaki berbaju kemeja membuka pintu. Abang sulung Aqira, Muhaimin tersenyum memandang Fawwaz. Baru Fawwaz tahu, inilah rumah Aqira. “Masuklah.” Jemput Muhaimin atau nama panggilannya Min. Dia bekerja sebagai seorang arkitek.

“Fawwaz duduk dulu. Abang Min panggil Aqira kejap.” Muhaimin terus menuju ke atas untuk memanggil adiknya. Entah apa yang sedang dilakukan oleh adiknya itu.

Dua orang gadis yang duduk di ruang tamu itu memandang Fawwaz. Mereka seperti sudah terpukau dengan kehenseman dan kecomelan Fawwaz. Fawwaz berasa tidak selesa apabila dua orang gadis itu memandangnya. Cepat-cepat matanya dilarikan ke tempat lain.

“Hai awak. Awak siapa nama? Boleh berkenalan tak?” Tanya gadis yang berbaju kurung berwarna merah sopan. Seorang lagi hanya tersenyum.

Belum sempat Fawwaz menjawab, Muhaimin sudah turun. “Adik-adik kesayangan abang, tolong jangan menggatal dengan tetamu kita ni ye. Pergi dapur tu, tolong kak Amira buat kek.”

“Baik bos.” Dua orang gadis itu terus menuju ke dapur.

“Minta maaf ye kalau adik abang Min tadi buat Fawwaz tak selesa. Mira! Mira tolong buatkan air untuk tetamu kita ye!” Jerit Muhaimin.

Suara seseorang di dapur menjawab. “Baik bang!” Sebenarnya, Aqira ni ada berapa orang adik beradik. Meriah betul rumah ni.

Aqira turun ke ruang tamu dengan memakai baju kurung berwarna kuning. Buat kali pertamanya Fawwaz melihat Aqira memakai baju kurung. “Lama betul Qira kat atas tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience