Aku menumbuk dinding bilik berkali kali.Air mata aku akhirnya mengalir.Aku lemah rupanya..Aku terduduk di atas lantai.
Aku sentiasa cintakan dia..biarpun dah berapa kali aku cuba menafikannya.Kenapa Zahra..kenapa kau tinggalkan aku..
Aku memandang telefon aku.Sofia..Aku membiarkan panggilan itu tidak berjawab.
Jam yang berada di atas meja aku tatap.Hanya itu sahaja akan menjadi penawar kepada rindunya terhadap Zahra.Sehingga dia lupakan gadis itu.
####
Isyraf hanya membiarkan Aniq melepaskan perasaan kecewanya.Diam diam dia juga sedih melihat keadaan Aniq.
"Isyraf.."panggil Aniq.
"Ada apa?"balas Isyraf bersahaja.
"Aku akan ambil alih syarikat."kata Aniq tanpa memandang wajah Isyraf.Lelaki yang merangkap kembarnya itu terkejut.
"Tapi..kau tak kisah ke?"tanya Isyraf meminta kepastian.Dulu habis habisan Aniq menolak jawatan itu atas alasan banyak masa yang dibazirkan di sana.
"Aku tak kisah.Kau nak ke jawatan tu?"tanya Aniq pula.Isyraf diam.Dia tidak pernah berminat dengan jawatan itu.Alasan?Alasan sama seperti Aniq.
"Tak nak.Tapi kenapa kau tiba tiba.."
"Aku nak lupakan Zahra."Aniq memandang Isyraf.
"Mungkin kalau aku sibuk,perlahan lahan aku akan lupakan dia."kata Aniq sambil tersenyum kelat.
Isyraf memeluk Aniq."Kau tahu kan yang aku akan selalu sokong kau.Biarpun kita umur 80 tahun,kau tetap adik aku."
Aniq menahan tangisannya.Pelukan Isyraf dibalas.Dari kecil sehingga besar,hanya Isyraf yang memahaminya.Selain Zahra,Aniq juga menyayangi abangnya itu.
"Terima kasih bro."balas Aniq.
###
Zahra meletakkan makanan sejuk beku yang berada di tangannya itu ke dalam troli.
"Ariyan,awak ok?"tanya Zahra.Sebaik sahaja mereka sampai di mall,Ariyan langsung tidak senyum.Lelaki itu hanya berwajah dingin,tidak ceria seperti pagi tadi.
Zahra cuba memandang mata suaminya namun cermin mata hitam menghalang niatnya itu.Di dalam hati dia tidak menafikan bahawa Ariyan seorang lelaki yang kacak sehingga mampu mencairkan hati para wanita.Sekarang pun ramai lagi wanita yang membeli belah tersenyum gedik melihat Ariyan.
"Nasib kau la Zahra.."kata Zahra terhadap dirinya sendiri.
"Kenapa Bunga?"tanya Ariyan namun hanya dibalas dengan senyuman oleh Zahra.
Selesai membayar Zahra berjalan semakin jauh daripada Ariyan.Sekarang dia perlu mencari Ariyan yang hilang pula."Zahra!"panggil seorang lelaki. Zahra memandang lelaki yang mendekatinya.
"Faiz?"kata Zahra apabila melihat wajah lelaki itu.
"Yes..dah lupakan aku ke?"kata lelaki itu dengan senyuman nakal.
Zahra mula cemas."Saya tak ada masa untuk berbual sekarang."Zahra cuba melarikan diri namun Faiz semakin mendekati dirinya.
"Zahra,kenapa kau nampak takut ni.."kata Faiz disertakan tawa halus.
Zahra menolak lelaki itu ke belakang.Peluang yang ada digunakan.Zahra menarik nafas.Cuba untuk mencari oksigen setelah berjaya melepaskan dirinya.Air mata yang mengalir dilapnya dengan laju.Kakinya melangkah laju menuju ke kereta.
Telefon dikeluarkan.Nama Ariyan ditekan."Ariyan,awak ada di mana?Please cepat datang ke tempat parking.Saya nak balik."kata Zahra yang cuba mengawal tangisannya.Talian diputuskan olehnya.
Ariyan datang ke arahnya dengan wajah penuh kebimbangan."Kenapa ni Bunga?"tanya Ariyan.
Zahra tidak menjawab.Dia terus masuk ke dalam kereta.Ariyan yang baru sahaja selesai memasukkan barang barang yang dibeli ke dalam kereta duduk di tempat pemandu.
"Now tell me..apa yang dah jadi?"
Zahra tidak menjawab.Dia masih lagi takut.Air mata yang cuba ditahan mengalir juga dengan bebas membasahi pipinya.
"Saya nak balik rumah."kata Zahra tanpa memandang wajah Ariyan.
####
Ariyan mengekori Zahra yang melangkah laju menuju ke bilik.
"Bunga.."kata kata Ariyan terhenti apabila terdengar esakan Zahra.Zahra yang berdiri memandangnya dengan tangisan.Wanita itu terduduk.
Ariyan memeluk erat Zahra."Ariyan,saya takut.."kata Zahra.
"Shh,jangan risau..saya ada."Ariyan melepaskan pelukannya.Matanya memandang mata Zahra.
"Bunga takut dengan siapa?"tanya Ariyan.
"Fa...Faiz."kata Zahra.Dia mula tenang.Perlahan lahan dia cuba berdiri namun dia jatuh kembali.Pantas Ariyan menyambut Zahra lalu mendukung gadis itu ke atas katil.
"Bunga rehat dulu.Saya ada kerja perlu diselesaikan.."kata Ariyan dengan senyuman lalu mengucup pipi Zahra secara mengejut.Zahra terpaku.
"Ariyan!"bentak Zahra dengan wajah merah padam.Ariyan ketawa melihat reaksi isterinya itu sebelum berlalu keluar.Sebaik sahaja pintu bilik tidur mereka ditutup,wajah Ariyan bertukar serius
"Jangan harap kau akan terlepas..Faiz."
###
"Isyraf ini.."kata kata Amni terhenti apabila menyedari ada seorang lelaki lain yang berdiri di sebelah Isyraf.
"Amni?Buat apa kat sini?"tanya aku lalu memandang plastik yang dipegangnya.
"Eh,Amni.Err.."Isyraf memandang aku.Aku mula merasakan sesuatu yang pelik apabila melihat tingkah laku Isyraf.
"Hai Encik Aniq.Amni datang bawa nasi lemak.Encik Isyraf akan beli setiap pagi jadi ayah suruh saya hantarkan nasi lemak ni pada dia setiap hari."kata Amni dengan wajah ceria.
Dahiku berkerut.Nasi lemak?
"Eh,Isyraf..bukan ke kau tak.."Isyraf pantas menutup mulut aku.Dia memandangku meminta kerjasama.
"Takpelah Amni.Aku ada hal.Isyraf ni memang SUKA sangat nasi lemak.Aku gerak dulu."kataku kepada Isyraf sebelum keluar dari biliknya.
Aku berjalan menuju ke bilik aku.Aku tersenyum apabila melihat apa yang dilakukan oleh Amni.
Aku memandang ke luar tingkap."Aku akan cuba lupakan dia..biarpun aku tahu ianya hampir mustahil."
Share this novel