Aku memandang gambar gambar Zahra yang ku simpan.Senyumannya..Hanya satu senyuman mampu membuat aku bahagia.
"Aniq?"panggil Aunty Meera yang bersandar pada dinding bilik aku.
Aku tersenyum memandangnya.Aunty Meera mendekati aku lalu mengambil sekeping gambar Zahra.
"Dulu aunty dengar dia bagi kamu misi mencari cinta?"tanya Aunty Meera.Aku mengangguk.
"Apa yang kamu dapat semasa kamu mencari cinta?"
"Tak dapat apa apa pun aunty.Cinta pun dah dimiliki orang lain."kata aku.
Aunty Meera ketawa.Aku memandangnya dengan bingung.Apa yang lawaknya?
"Kamu tahu tak apa maksud di sebalik misi mencari cinta tu?"tanya Aunty Meera.
"Zahra bukan maksudkan cinta manusia.Kalau kamu betul betul kenal dia,dia maksudkan cinta kamu dengan tuhan."kata Aunty Meera.
Aku diam.Cinta antara aku dengan tuhan?"Zahra beritahu kamu supaya faham maksud cinta yang sebenar dan kamu masih tak faham rupanya."Aunty Meera menggelengkan kepalanya.Senyuman masih terukir di wajahnya.
"Aniq,kamu perlu jaga hubungan kamu dengan tuhan.Aunty tak maksudkan yang hubungan kamu dengan manusia tu tak penting.Dua dua penting.Aunty ada kerja ni.Aunty pergi dulu.Kamu fikir fikirkanlah maksud cinta tu,Aniq."
Aku hanya memandang Aunty Meera menutup pintu bilik aku.Ucapan terima kasih tidak terlafaz di bibirku.
Baru aku sedar sesuatu yang tak pernah aku cuba untuk sedar.
Aku terlalu mengejar cinta manusia.Terlalu mengejar cinta Zahra.Kalau aku lari sampai ke bulan,belum tentu aku boleh lupakannya.Sudah berapa lama aku terlalai?
####
Zahra memandang Ariyan yang sedang membalut luka di kakinya.Lelaki itu kelihatan bimbang akan keadaannya.
"Macam mana boleh luka ni?"tanya Ariyan yang masih lagi membalut luka di kaki Zahra.
"Terkena ranting kayu yang tajam tadi.Tak sangka pula berdarah sampai macam ni."jawab Zahra.
Ariyan mengeluh lalu memandang wajah Zahra.Pandangan mereka bertemu.Ariyan berdiri lalu memeluk Zahra erat.
"Silly girl.."ujar Ariyan dengan perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh Zahra.Pelukan Ariyan dibalas.
Mungkin ini masanya,untuk dia membuka kisah cinta yang baru..Aniq hanya kisah silamnya yang telah berlalu.Cepat atau lambat dia perlu lupakan Aniq.
"Kenapa awak bawa saya ke sini.Banyak lagi hal yang tak settle.Pelamin awak macam mana?"tanya Zahra lalu melepaskan pelukannya.
Ariyan menggelengkan kepalanya." Leave all the trouble behind ... right now, just between you and me."
Zahra memandang mata Ariyan seketika."Saya nak rehat."kata Zahra.Dia menarik selimut sehingga ke kepalanya.
'Maafkan saya Ariyan."
####
Aku hanya diam.Kini aku hanya mengharapkan bantuan sepupu lelaki aku itu sahaja.
"Tolonglah encik."pujuknya lagi.
Ya Allah,kenapa selalu sangat aku jumpa si Warda ni.Pening kepala aku layan kerenah dia.
"Saya bukan photographer upahan Cik Warda."balasku setelah agak lama mendiamkan diri.Muka memang sebijik macam Zahra tapi perangai..ke laut.
"Saya tahu..tapi saya betul betul perlukan bantuan encik.Dah tiga kali saya bertembung dengan encik dan setiap kali kita bertembung pasti encik akan ambil gambar alam sekitar"
"Ya,saya mengaku saya ambil gambar tetapi tak semestinya gambar tu cantik."kata aku lagi tidak mahu mengalah.
"Tolonglah saya encik.."pujuknya lagi.Namun kali ini dia kelihatan seperti ingin menangis.
"Cik Warda..boleh saya tanya sesuatu?"kata Zafwan yang sedari tadi hanya memerhatikan drama yang tak berbayar.
"Ya?"
"Macam mana cik percayakan lelaki ini sedangkan baru beberapa kali cik jumpa dia.Saya yang dah lama kenal dengan dia pun tak percayakan dia."kata Zafwan seperti mengetahui soalan yang bermain di fikiran aku sejak tadi.
"Emmm.."Warda terdiam seketika.Lama dia memikirkan jawapan untuk membalas pertanyaan Zafwan.
"Saya pun tak tahu.Yang pastinya dia boleh dipercayai berbanding awak."kata Warda kepada Zafwan pula.Berkerut seribu dahi sepupu aku itu.Aku pula cuba menyembunyikan senyuman aku.
"Sakit pula hati kita."kata Zafwan.Aku tersenyum sinis.Tadi kau sakitkan hati aku kan..
"Aniq,tolonglah dia..kesian pula aku tengok."bisik Zafwan kepada aku.Mungkin aku patut lari ke bulan.Tempat yang tiada manusia tinggal.Tiada masalah yang aku perlu hadapi.
"Baiklah.Aku boleh tolong kau."kata aku sambil berpeluk tubuh.Tiada lagi penggunaan bahasa saya dan awak.Wajah Warda kelihatan terkejut.Eh,jangan happy sangat..ayat aku tak habis lagi.
"Dengan syarat,maksimun tempoh pertolongan ini ialah selama.."
"5 tahun!"kata Warda,memotong ayat aku.Air kopi yang sedang diminum oleh Zafwan dengan cantik tersembur ke muka aku.
"Sorry bro."ujar Zafwan lalu menghulurkan sekotak tisu dan kini hampir satu restoran memandang aku.Ada yang ketawa dan ada yang menggelengkan kepala.Aku tidak dapat memarahi Zafwan yang terkejut mendengar tempoh yang dikatakan oleh Warda.Tindak balas kerana terkejut yang amat.
"Jangan potong ayat aku.5 tahun?Kakak kau bertunang setiap hari ke?"kata aku beserta senyuman yang amat tidak ikhlas.
"Bukan setiap hari..tapi setiap minggu.Paling lama dia bertunang..sebulan je.Atas alasan lelaki tu tak sesuai untuk dia."jawab Warda dengan jujur.
Kali ini Zafwan terbatuk batuk mendengar kata kata Warda."Kau pergi main jauh jauh.Buat malu aku je!"Zafwan hanya tersengih melihat aku memarahinya.
"Majlis pertunangan tu berlangsung pada pukul?"tanya aku sambil memandang Warda dengan perasaan kurang senang.Yang pasti ia disebabkan wajah seiras Zahra.Hanya warna mata dan kelakuan membezakan mereka.
"2 petang..Maafkan saya..."ujar Warda.Dia menundukkan kepalanya.
"Maaf?Untuk?"
"Untuk segala galanya dan perkara yang akan berlaku.Saya kena balik dulu.Terima kasih.Ini alamatnya."kata Warda lalu bergegas keluar meninggalkan aku.
"Perempuan memang pelik."kata Zafwan lalu menggelengkan kepala.Aku pula masih memikirkan perlakuan Warda.Pelik,perempuan itu langsung tidak mengenali aku tetapi meminta pertolongan aku.
"Bukan semua perempuan pelik.Kau lagi pelik.."kata aku lalu berjalan keluar dari tempat itu.
####
Sofia memandang Kamal dengan perasaan bersalah.
"Kamal,I nak cakap sesuatu dengan you..Tolonglah jangan larikan diri dari I."ujar Sofia,tidak lepaskan genggamannya pada lengan Kamal.
Lelaki itu menarik lengannya."Untuk apa lagi Sofia?Aniq?I dah penat la layan orang yang langsung tak hargai perasaan I."kata Kamal dengan nada marah.
"I..I dah fikir masak masak.I.."Belum sempat Sofia menghabiskan kata katanya,Kamal memotong ayatnya.
"Kalau you nak cakap yang you cintakan Aniq depan I,boleh blah.I pun ada hati dan perasaan."balas Kamal.
Sofia menggigit bibirnya."I..I nak you kahwin dengan I."kata Sofia dengan perlahan namun cukup membuatkan Kamal terperanjat.
"Huh?"
Sofia mengembungkan pipinya."Takde apa apa lah.I pergi dulu!"kata Sofia sambil melangkah dengan laju.
Kamal mula tersenyum."Sofia sayang!Tunggu!"laung Kamal lalu cuba mengejar pujaan hatinya itu.Sofia menyembunyikan senyumannya apabila Kamal berjalan di sebelahnya.Selama ini dia langsung tidak dapat melihat kebaikan dan betapa kacaknya Kamal.
'Terima kasih Aniq,sebab beri aku peluang untuk pikat Sofia..Semoga kau akan turut bahagia.'bisik hati Kamal lalu berjalan bersama Sofia
Share this novel