Bab 9

Romance Series 9491

Aku duduk di dalam bilik khas untuk kami.Tempat duduk untuk dua orang.

Aku diam.Tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan.Tambahan pula,aku seperti tidak mengenali Zahra yang berada di hadapan aku ini.Dingin sahaja.

"Sihat?" tanyanya sepatah.

Aku mengangguk.Zahra memandangku dengan wajah tidak berperasaan.Wajah kacukan Turki-England itu ku tatap.

"Awak tahu banyak tentang saya Aniq.So,tell me now Aniq..awak masih mahu berkahwin dengan saya?"tanya Zahra.

Aku diam.Otak aku ligat berfikir.Zahra memandangku dengan pandangan dingin.Wajahnya langsung tidak dihiasi oleh senyuman seperti kali terakhir aku melihat dia.

"Aniq,awak masih mencintai saya?"

"Ya."

"Bagaimana dengan Sofia?"

Aku tersentak.Bagaimana dia tahu tentang Sofia?

"Awal tak baca surat tu kan?"kata Zahra.

" Surat?"Aku tersentak.Surat yang Insyirah beri.

"Wait,apa maksud kau?"kataku dengan nada agak tinggi.

Situasi diantara kami kini agak tegang.Zahra ketawa kecil.

" Awak memang dah lupakan saya Aniq.Awak tak ingat ke nama penuh saya?"

Zahra meletakkan bunga ros merah yang berada di tangannya ke atas meja.

"Biar saya kenalkan diri saya.Nama saya..Nur Zahra Insyirah.

Nur..Zahra..Insyirah."Jadi..."

Zahra tersenyum manis.Tiada lagi kedinginan."Saya ada dekat dengan awak,Aniq dan saya selalu memerhatikan awak dan Sofia."

Zahra berdiri.Dia berjalan ke arah dinding kaca.Jangan kata nak terjun.Ni tingkat 6,confirm mati.

"Saya berharap yang awak akan datang Aniq.Saya tunggu awak.Tapi hampa...awak langsung tak datang.Rupanya awak tak baca surat tu."

"Kenapa nak jumpa aku" tanyaku.

Zahra memandang lama.Pandangan kami saling bertemu."Untuk beritahu awak tentang keputusan saya."

Zahra tersenyum,dia menundukkan kepalanya."Tapi nampaknya saya dah tahu,kalau saya beritahu keputusan saya pun..ia tak berguna.Kerana hati awak dah dimiliki oleh Sofia.Maafkan saya menganggu awak.Ini adalah pertemuan kita yang terakhir kerana selepas ini saya akan tinggalkan negara ni dan tinggal bersama papa saya.Itu perkara yang patut saya buat dari dulu lagi...Selamat tinggal Aniq.Seni seviyorum."

Aku kaku.Zahra berjalan meninggalkan aku.Namun bukan itu yang menarik perhatian aku tetapi air mata yang mengalir di pipi gadis itu.Zahra...menangis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience