Bab 20

Romance Series 9491

Sudah tiga hari Ariyan melancarkan perang dingin dengannya.Seperti semalam,lelaki itu tidak akan makan makanan yang dimasak olehnya.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan lamunan Zahra.Dia bergegas membuka pintu.

"Ari..Siapa awak?"tanya Zahra apabila melihat seorang perempuan yang berdiri di hadapannya.Bukan Ariyan.

"Aku Syaza Ilyana.Tak nak jemput aku masuk ke?"tanya Syaza dengan senyuman sinis.

Zahra hanya tersenyum.Dia berjalan ke dapur untuk menyediakan air.

"Minum lah dulu.Awak cari Ariyan ke?Dia dah keluar pagi tadi."kata Zahra.Matanya memandang Syaza.Perempuan itu tampak ayu dengan solekan nipisnya.

"Yes,aku cari dia.Nak ajak dia cari cincin."jawab Syaza.

Zahra tergamam.'Cincin?'

"Awak ni..siapa ye?"tanya Zahra.

"Tunang dia dan bakal isteri dia.Aku baru balik dari London.Sepatutnya kami berkahwin dua minggu yang lepas."terang Syaza.

"Kau ni orang gaji kat sini ke?Bagus la,tak perlu la aku buat kerja mengemas nanti."ujar Syaza.Dia berdiri.

"Aku nak pergi tengok taman dan kolam."

Zahra hanya mengangguk.Dia masih terkejut mendengar kata kata Syaza sebentar tadi.Adakah dia bermimpi atau ini memang realiti yang perlu dia hadapi?

Zahra berjalan menuju ke arah Syaza."Emm,kalau tak keberatan..boleh ceritakan kisah cinta awak dengan Ariyan?"

"Call me Cik Syaza...Kau panggil Ariyan je?Panggil dia Tuan Ariyan."kata Syaza dengan tegas.Zahra hanya mengangguk.

"Kami bertunang dalam..dua tahun kenal dia semasa belajar di universiti yang sama.Dia ni lelaki yang dingin.Memang tak bercakap dengan perempuan kecuali untuk hal kerja."

"Cik Syaza memang cintakan Tuan Ariyan ke?"

Syaza ketawa kecil.Dia memandang mata Zahra."Aku cintakan dia lebih dari aku cintakan diri aku.Kalau ada yang rampas Ariyan dari aku..jangan harap dia selamat."

Zahra kaku di tempatnya.Ariyan dan Syaza memang sesuai jadi suami isteri.Yang tak akan selamatnya ialah Zahra.

"Emm,Cik Syaza dah beli ke baju pengantin?"tanya Zahra dengan tenang.

"Yang kau sibuk ni dah kenapa?Nanti,Ariyan balik beritahu dia..aku nak jumpa dia esok di Violet Restaurant.Pukul 3 petang."Kata Syaza dengan senyuman sinis lalu berjalan keluar dari rumah itu.

Zahra mengunci pintu rumahnya itu."Datang tak dijemput,tersenyum sinis..tak boleh ke senyum macam biasa?"

Zahra duduk di sofa.Dia memandang gelas yang berisi jus itu."Ariyan tipu aku ke?"

####

Aku memandang Aunty Meera.Wanita itu tekun menyiapkan kerjanya.

"Banyak lagi ke kerja,aunty?"tanya aku lalu mengambil tempat di sofa.

"Sekejap lagi siap la ni.Kenapa kamu tak tidur lagi ni Aniq?"tanya Aunty Meera.

"Teringatkan seseorang."jawab aku.

Aunty Meera yang sejak tadi tekun menyiapkan kerja memandang aku dengan senyuman.

"Girlfriend?"tanyanya.Aku ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

"Saya tak ada girlfriend la aunty."jawab aku.Aunty Meera duduk di kerusi yang berada di hadapan aku.

"Mungkin aunty bukan ibu kamu,tapi aunty pun kenal kamu sejak kamu kecil lagi.Kamu datang ke sini sebab Zahra kan?"kata Aunty Meera dengan penuh yakin.Perlahan lahan aku mengangguk.

Aku memang tak akan boleh tipu Aunty Meera."Listen Aniq,aunty tahu tentu susah kamu nak lupakan dia.Aunty tak kisah kamu nak cintakan mana mana perempuan.Tetapi,aunty tak akan sokong kalau kamu cintakan isteri orang.Sukar tapi tidak mustahil untuk lepaskan dia."

Aku diam mendengar kata kata aunty Meera." Indahnya takdir ini tanpa seorang pun yang tahu.Selepas menanggung derita,DIA hadirkan kegembiraan yang melebihi derita itu."

Aku mengangguk."Kalau dia tak jadi isteri orang lain,takdenya Aniq nak datang sini."ujar Aunty Meera yang membuatkan aku ketawa.

"Alaa,jangan marah."kata aku lalu ketawa kecil.

"Aunty..."

Aunty Meera memandang aku,mengizinkan aku meneruskan kata kata aku.

"Aniq...risaukan dia..Aniq takut dia tak bahagia."kata aku.Aku risau kerana aku kenal dengan Ariyan.Aku tahu perangainya.

"Doakan dia..doakan dia supaya dia bahagia.Sekarang,pergi tidur."Aunty Meera memandang aku dengan senyuman.Aku akur dengan arahannya.Semoga engkau bahagia Zahra.

####

Zahra memandang Ariyan dengan tajam.Kesabarannya kini semakin tipis.

"Ariyan,saya tak cakap yang awak curang.Saya cuma tanya kenapa awak tak beritahu saya hal ini?"kata Zahra yang cuba menenangkan dirinya sendiri.

Ariyan tersenyum sinis."Kenapa awak tak beritahu saya tentang Aniq?"tanya Ariyan pula.

Zahra berjalan ke arah balkoni.Suhu yang sejuk itu langsung tidak dapat meredakan api kemarahannya.

"Sebab saya dan Aniq tak bercinta.Aniq bukan tunang saya dan saya bukan tunang Aniq."jawab Zahra dengan nada yang tenang.

"Tak bercinta?Are you trying to fool me?So,awak nak saya buat apa sekarang?"tanya Ariyan yang kini berada di hadapan Zahra.

"Awak akan teruskan perkahwinan tu?"tanya Zahra.

"Maybe."kata Ariyan dengan selamba.Zahra menganggukkan kepalanya.

"Bukan mungkin,tetapi awak perlu kahwin dengan dia."ujar Zahra lalu melangkah keluar dari bilik itu.

"Zahra,awak nak ke mana tu?!"kata Ariyan sambil mengejarnya.

"Tenangkan fikiran."kata Zahra.Baru sahaja dia melangkah keluar dari pintu rumah,Ariyan menarik Zahra ke dalam pelukannya.

"Ariyan,let me go."kata Zahra yang cuba melepaskan diri.Dia tidak selesa.Otaknya kini penuh dengan masalah.Dia bimbang sekiranya nanti dia akan berkasar dengan Ariyan dan mengambil gelaran isteri derhaka.

"No,I won't."kata Ariyan lalu mengeratkan lagi pelukannya.

"Please Ariyan,saya perlukan ketenangan.Tolonglah."kata Zahra dengan nada merayu.

Ariyan memandang isterinya itu."Adakah saya menjadi beban untuk awak?"tanya Ariyan.Dia melepaskan Zahra dari pelukannya.

"Bukan itu maksud saya."kata Zahra.Api tidak boleh dilawan dengan api.Dia perlu bertenang dan cuba untuk tidak membuatkan Ariyan bertambah marah.

"Then?"

"Saya perlukan ketenangan untuk saya cari jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi."

"Apa masalah yang kita hadapi?What do you mean,Zahra?Awak nak lari dari saya dan pergi kepada Aniq kan?Awak curang."tuduh Ariyan.

Zahra menarik nafas.Kesabarannya hanya tinggal sedikit sahaja.Bila bila masa sahaja kemarahannya akan meletus jika dia masih berada di sini.

"Kepercayaan!Itu masalah kita.Awak tak nak percayakan saya!Dalam hubungan,kepercayaan amat penting antara satu sama lain selain memahami.Kalau awak nak tuduh saya curang,saya pun boleh tuduh awak curang.Awak curang dengan Syaza!"kata Zahra.Ariyan pula hanya mendiamkan diri mendengar kata kata isterinya itu.

"Tapi saya pilih untuk tanya awak,sama ada perkara itu benar ataupun palsu.Saya pilih untuk percaya dengan awak dan saya faham pasti ada sebab kenapa awak buat semua tu.Tapi mana kepercayaan awak terhadap saya Ariyan?Mana?"tanya Zahra.Dia cuba menahan air mata yang ingin mengalir keluar.

"Awak nak saya...ceraikan..awak ke?"kata Ariyan.Sukar rasanya untuk dia mengatakan perkataan cerai itu

"Tak,kalau boleh saya tak nak ada langsung perkataan bercerai dalam hidup saya.Saya cuma nak keluar sekejap sahaja..untuk tenangkan fikiran saya...saya takut kerana pergaduhan ini akan mengeluarkan lafaz cerai.Izinkan saya keluar sekejap,Ariyan."ujar Zahra dengan senyuman sebelum masuk ke dalam kereta.

Ariyan pula kaku.Dia tidak mampu untuk membalas kata kata Zahra.Akalnya membenarkan kata kata Zahra namun hatinya membantah,mengatakan yang Zahra berbohong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience