Aku melangkah turun dari tangga masjid dengan perlahan lahan.
"Aniq,saya nak bercakap dengan kamu sekejap."kata Tuan Imam menyebabkan langkahku terhenti.
"Ada apa Tuan Imam?"tanyaku.
"Emm,saya dah lama perhatikan kamu."
Perhatikan aku?Aku memandang Tuan Imam.
"Kamu rajin datang ke masjid.Sedekah dan tolong kami.Saya berhajat nak pinangkan kamu untuk Amni.Sudi tak kamu berkahwin dengan Amni?"tanya Tuan Imam lalu memandang tepat ke mataku.
Aku tersentak.Senyuman muncul di bibirku.
"Maafkan saya Tuan Imam.Saya tak rasa saya mampu jaga Amni sama macam Tuan Imam jaga dia."balasku dengan nada tenang.
"Saya percayakan kamu,Aniq."kata Tuan Imam.
Aku diam berfikir.Berkahwin dengan Amni?Aku baru je kenal dengan dia.
"Beri saya masa...tapi saya harap Tuan Imam tidak menaruh harapan tinggi."pintaku.
Tuan Imam mengangguk.Aku tersenyum lalu meminta diri.Kereta ku pandu.Aku berfikir tentang tawaran Tuan Imam.Tapi..macam mana dengan Zahra?Tapi...dia masih ingat aku ke?
Tuhan!Pantas aku menekan brek.Ya Allah,apa yang aku dah buat!Aku keluar dari kereta dan menuju ke arah perempuan yang terduduk di hadapan kereta aku.
"Cik,maafkan saya.Saya betul betul tak sengaja.Cik ada cedera?Nak pergi hospital?"tanyaku dengan panik.
Perempuan berniqab itu berdiri.Aku tak tahu sama ada dia tersenyum atau tidak.
Dia memandang aku lama sebelum pergi meninggalkan aku.Tak apalah asalkan dia ok.Aku masuk ke dalam kereta dan memandu ke restoran.
Pintu kedai ku tolak."Lambat!"kata Sofia sambil memandangku dengan senyuman.
Aku tersenyum lalu duduk di meja."Ikut suka hati aku la."
Sofia menggelengkan kepalanya."You ni.."Dia meletakkan mi goreng di hadapanku.
"Untuk apa?"tanyaku.
"Makan la.You tak makan lagi untuk lunch."Aku tersenyum.
"Thank you."Mi goreng itu ku makan.
"Sedap?"soalnya.
Aku mengangguk laju.
"Makanlah."kata sambil tersenyum manis.
Tiba tiba aku teringatkan sesuatu.
"Sofia,semalam Kak Anis ada call saya.Dia ada cakap kawan dia buka kedai bunga...and ada kerja kosong.Kedai tu di Terengganu."kataku.
"Tapi I suka gubah bunga."katanya.
"I know..cubalah buat kat sana."cadangku.
Sofia menggeleng."I tak nak."
Aku berhenti makan.Sofia ku pandang.
"Kenapa?Sofia..ini satu peluang untuk awak..tahu tak?"
Sofia mengangguk."I tahu but my answer is no!"
Aku memandang sekeliling.Nasib baik restoran ni tutup sekejap dari pukul 1 hingga 2 petang.Tiada pelanggan.
"Why?Terima lah Sofia."pujukku.
"I tak nak!You masih tak nampak ke?I love you Aniq!I nak sentiasa ada dengan you."
Aku mengeluh.Sofia ku pandang."Aku tahu sebab tu aku suruh kau kerja di sana."kataku.
Sofia memandangku meminta penjelasan.
"Mungkin dengan cara ni kau boleh lupakan aku."
Sofia menggeleng.
"Kenapa Aniq?Kenapa you tak boleh terima I?"
"Sebab hati aku dah tertutup untuk bercinta."
Ya,aku rasa cukuplah aku cuba mengejar cinta Zahra.Aku hanya mampu bermimpi sahaja selama ini dan aku perlu bangun dari tidur yang lena itu.Kerana aku yakin aku tak akan mampu menggapai mimpi itu.
"Cubalah Sofia.Kalau bukan sebab aku..buatlah sebab diri kau.Think about your future.Mungkin kau boleh pergi lebih jauh daripada sekarang."
"Tapi kalau I tak boleh lupakan you?"soalnya.Aku tersenyum.
"Teruskanlah kalau kau inginkan tapi..tak bermakna aku akan membalas cinta itu."kataku.
"I akan cintai you dalam diam kalau you tak terima."
Aku menggelengkan kepala."Ia akan menyakitkan kau.Kau akan semakin terseksa.Jadi lepaskan cinta itu kalau kau tahu yang kau tak akan milikinya.Percaya,kalau aku jodoh kau,kita akan tetap bersama.Berdoalah supaya kita berjodoh.Kalau tak lepaskan aku dengan rela dan aku berdoa kau akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada aku."
Share this novel