Zahra membuka matanya.Entah kenapa dia merasakan badannya amat lemah.Dia seperti tidak berpijak pada lantai.Zahra terduduk.
"Takkan la aku terkejut sampai jadi lemah.macam ni.."
Zahra cuba berdiri namun kali ini dia gagal sdkali lagi.Sakitnya lutut apabila terjatuh.Nasib baik tak patah je.
"Bunga.."Ariyan mendekati Zahra.Dia membantu wanita yang dicintainya itu berdiri.
"Rehat Bunga."kata Ariyan namun Zahra menggeleng.
"No,saya nak ke dapur."tegas Zahra.Dia perlu memasak makan malam untuk mereka berdua.
"Kenapa pula?"tanya Ariyan.
"Saya nak memasak untuk kita makan."ujar Zahra.
"Biar saya yang masak.Bunga rehat."kata Ariyan.
"Tak nak!"bentak Zahra.
"Rehat."
"No.A big NO!"
"Bunga..."Ariyan memandang Zahra.
"Boleh la Ian...please.."Zahra mula memujuk Ariyan.
"No."
"Ian..boleh la."Pujuknya lagi.
"Bunga nak ke dapur macam mana?Nak jalan pun tak boleh."
Zahra mengembungkan kedua pipinya.'Ada betulnya kan..'bisik hatinya.
Ariyan tersenyum memandang kelakuan isterinya itu.
"Ha,saya ada idea!"kata Zahra dengan riang.
Ariyan memandang Zahra dengan penuh tanda tanya apabila wanita itu menghulurkan kedua tangannya ke arah Ariyan.
"Angkat saya!"ujar Zahra dengan senyuman.Ariyan tersentak.
"Huh?"
"Alaa,bolehlah..sekali ni je."Zahra menunduk apabila Ariyan memandangnya dengan pandangan tajam.
Hmm,tak dapat la dia memasak untuk hari ini.Tiba tiba Zahra merasa tubuhnya melayang ke udara.Dengan pantas dia memeluk Ariyan.Hampir tercabut jantungnya apabila lelaki itu mengangkatnya tanpa sebarang amaran.
"Ariyan!"
"What?"tanya Ariyan dengan wajah selamba.
Zahra melepaskan leher Ariyan.
"Ariyan..saya,boleh jalan."kata Zahra.
Ariyan berhenti berjalan.Dia memandang Zahra seketika sebelum membawa Zahra ke tempat makan.Gadis itu diletakkan di atas kerusi.
"Kenapa sedih ni?"tanya Ariyan lalu duduk di hadapan Zahra.Wajah isterinya itu kelihatan sedih.
"Tak ada apa lah.Awak nak makan apa?"tanya Zahra bersama senyumannya.
Ariyan memandang mata Zahra."Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya Zahra."
"Awak cakap apa tadi?"tanya Zahra.
"Seni seviyorum."bisik Ariyan di telinga Zahra.
"Emm.."
"Ouh,satu lagi untuk pengetahuan isteri saya ni...Saya kacukan German.."
"Jadi?"kata Zahra.
"Saya ada dengar yang Aniq cakap sesuatu pada Bunga dalam bahasa German."ujar Ariyan.
Zahra berhenti memotong bawang.Dadanya berdebar.
"Awak..dengar..semuanya?"
"Tak,tapi saya tahu itu bahasa German.Nanti saya nak tanya Aniq apa yang dia cakap."
"Tak perlulah.Macam mana awak boleh kenal dengan Aniq?"tanya Zahra.
"Masa mula mula saya masuk sekolah..tiada orang yang berkawan dengan saya.Alasannya,mereka tak fasih english..Jerman lagi la..Tapi Aniq tiba tiba datang dan berkawan dengan saya.Mulanya saya terkejut sebab dia pandai berbahasa Jerman.Rupanya,kacukan Jerman macam saya.."
" Ich liebe dich."kata Ariyan lalu memeluk Zahra dari belakang.
Zahra tersenyum.Dia hanya membiarkan perbuatan Ariyan.
####
Aku mula melupakan Zahra.Perlahan lahan,aku semakin melupakan dia.Lupakan kisah cinta aku.
Tapi..ada satu lagi masalah yang aku tak selesaikan...
"Aniq!"Sofia tersenyum memandangku.
Bilalah perempuan ni nak mengalah.Aku dah penat ni.
"Keluar."balasku sepatah.Tali leher aku longgarkan.
"Tak,I tak akan berganjak dari sini."kata Sofia dengan manja lalu duduk di hadapan aku.
"Ini waktu bekerja,kalau kau tiada apa apa urusan kerja,sila keluar."
"I ada urusan kerja.Urusan kerja dengan you."Sofia tersenyum namun aku masih lagi berwajah serius.Entah kenapa,aku bagaikan menutup pintu hatiku untuk wanita lain.
"Aku ulang buat kali terakhir.Keluar dengan cara baik atau aku akan gunakan kekerasan."kata aku tanpa memandang wajahnya.Sibuk membaca gail yang diserahkan oleh Isyraf.Tambahan pula kerja aku yang bertimbun sebelum ini pun aku tak siapkan semuanya lagi.
"Stop working!I bawa latte untuk you.Try la."kata Sofia.
"Letak kat situ.Sekarang kau boleh keluar."
"No,until you drink it."Sofia mendekati aku lalu menyuakan air itu kepada aku.
"Sofia..."kesabaran aku hanya sebesar zarah sahaja sekarang.
"Drink...No!"Aku dan Sofia tersentak.
Aku memandang air yang membasahi fail yang sedang aku semak.
"Kau!!"
"Aniq,sorry.."
"Wana!"laungku dengan penuh amarah.Wana masuk ke dalam bilik aku.Dia menunduk ke bawah.
"Mulai hari ini,aku tak nak tengok muka perempuan ni lagi!Bawa dia keluar sebelum aku pecat kau!"
Dengan pantas Wana menarik Sofia keluar.Aku melemparkan fail itu ke arah pintu.Isyraf yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik aku,mengelak daripada fail terbang itu.
"Aniq,kenapa ni?"tanya Isyraf apabila melihat ada tumpahan air kopi pada fail itu.
"Ada perempuan yang tumpahkan air."
"Sofia?"soal Isyraf lalu mendekati aku.
"Sorry Isyraf.Aku akan.."
"Ala,ni hal kecil je.Nanti aku buat yang baru.Kau jangan stress sangat.Aku pun takut tadi dengar kau menjerit."pesan Isyraf berserta gurauannya.
"Aku perlukan masa untuk bersendirian."kataku.Isyraf yang memahami apa yang cuba aku sampaikan keluar dari bilik itu.
"Aniq,tenangkan diri awak.Cuba buang sifat pemarah tu."kata kata Zahra bermain di benak fikiran aku
Zahra dan Zahra..tolonglah pergi dari hidup aku.Aku penat..terlalu penat.
Share this novel