Bab 13

Romance Series 9491

Zahra memandang Ariyan sekilas sebelum menunduk.

"Tahniah bro!"kata satu suara.

Zahra tersentak.Suara itu!Pantas dia memandang ke hadapan.

Aniq dan Ariyan saling berpelukan."Kau balik Malaysia tak cakap.Sedar sedar je kad jemputan kau ada di rumah aku."kata Aniq dengan senyuman.

Zahra diam.Lama dia menatap wajah kacak itu.Menatap wajah Aniq dengan penuh kasih sayang dan cinta buat kali terakhir.Rasa rindunya terhadap lelaki itu akhirnya terubat.

"Kau berbual la dulu dengan Zahra.Aku nak lepak kat sana."kata Ariyan lalu meninggalkan Aniq dan Zahra.

###

Aku memandang Zahra yang sedang menunduk.

"Sihat?"soalku.

Zahra mengangguk.Aku tersenyum.Keluhan kecil aku lepaskan.Aku mendekati Zahra.

"Zahra,Aniq minta maaf.."Aku kelu.Air mata membasahi pipi gadis yang aku cintai itu.

"Zahra yang patut minta maaf dengan Aniq.Zahra dah lukakan hati Aniq."luah Zahra.

Aku tunduk sedikit supaya dapat melihat wajahnya dengan jelas.

"Aniq sentiasa pakai jam ni.Sebab Zahra yang beri pada Aniq.Aniq tak akan mampu marah Zahra."

Zahra memandang aku.Mata biru itu aku tatap."Zahra tolong jagakan Ariyan untuk Aniq.Bagi pihak Aniq."

Zahra mengangguk."Aniq..jaga diri baik baik."Pesan Zahra dengan senyuman yang sentiasa membuat jantung aku berdegup kencang.

" Ich werde dich für den Rest meines Lebens lieben. Ich werde dich bis zu meinem letzten Atemzug lieben. Pass auf dich auf."kata aku sebelum melangkah pergi dari tempat ini.

Hati aku tidaklah tabah.Aku tak ingin tumpahkan air mata aku di hari Zahra gembira.

Saya tak nak kisah cinta antara kita berakhir.Tapi saya tak mampu untuk halang kisah cinta yang akan bermula..

####

Sofia tersentak apabila melihat Aniq di restoran.

"Aniq,kenapa you tak jawab call I?"tanya Sofia dengan manja.

Aniq hanya memandang sekilas dengan pandangan dingin.Dia mengambil tempat yang agak tersorok.Dia perlukan masa untuk tenangkan fikirannya.

"Aniq..jawablah.."desak Sofia.Tanpa dipelawa,gadis itu duduk di hadapan Aniq.

"Go away Sofia."kata Aniq dengan nada agak kasar.

"No!I takkan tingggalkan my love macam ni."bantah Sofia.

Aniq memandangnya tajam."I will never be your love.Not even in your dream!"

Sofia menggenggam buku limanya."I dah tahu segala galanya.Zahra kahwin hari ini kan?Kenapa you susah sangat nak buka hati you untuk I?"

"Why?Sebab dalam hati aku,hanya Zahra yang bertakhta.Kalau kau kahwin dengan aku pun,aku tak akan pernah cintakan kau!"Aniq berdiri.Dia berjalan keluar meninggalkan Sofia yang sedang menangis.

####

"Zahra,awak ok?"tanya Ariyan.

Zahra tersedar dari lamunannya.Perlahan lahan dia mengangguk.

"Zahra,apa yang awak fikirkan?"

Zahra tidak menjawab soalan Ariyan.Dia berdiri."Saya nak mandi..Awak dah mandi."

Ariyan hanya memandang wanita yang baru sahaja dinikahinya petang tadi mengambil tuala dan pakaian menuju ke dalam tandas.

Ariyan berjalan ke balkoni."Saya akan pikat hati awak Zahra."

Ariyan melangkah keluar dari biliknya.Tekaknya perlukan air.Selesai menunaikan kehendak dirinya,Ariyan mendaki tangga untuk kembali ke biliknya.

"Awalnya masuk bilik.Isteri kau tu tak akan lari lah!"usik Izrina,sepupunya.

Ariyan hanya tersenyum.Harapnya Zahra tak akan lari lah.Ariyan melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Mak!"kata Ariyan dan Zahra serentak.

Zahra berjalan menuju ke katil.Hajat untuk keluar mencari Ariyan bertukar apabila lelaki itu tiba tiba berada di sebelahnya.Dalam keadaan gelap..

Ariyan mengambil tempat di sisi Zahra."Nama saya Syed Ariyan Akmal.Umur 26 tahun."

Zahra tersenyum mendengar kata kata lelaki itu."Nama saya Nur Zahra Insyirah.Umur 24 tahun.Isteri kepada Syed Ariyan Akmal."

Ariyan hanya tersenyum.Matanya menatap mata biru Zahra.Senyumannya hilang berganti wajah sedih.

"Maafkan saya Bunga."Zahra bingung.

"Bunga?"kata Zahra meminta penjelasan daripada Ariyan.

"Saya nak panggil awak Bunga.Panggilan tu khas untuk saya sahaja."

"Saya suka..dengan panggilan tu."ujar Zahra dengan senyuman.

####

Aku memandang ros merah yang berada di hadapan aku.Macam mana aku nak lupakan kau Zahra.Terlalu banyak kenangan aku dan kau.

Ibu dah beritahu tentang kedatangan Zahra ke rumahnya sebelum ini.Dan soalan itu..

Aku juga pernah ajukan soalan itu kepada dia..

"Jangan ungkapkan kata kata cinta.Jangan janjikan yang manis ketika belum halal.Kerana mungkin ia akan menjadi kata kata benci dan janji janji palsu."

Zahra akan menjawab dengan jawapan yang sama ketika disoal soalan itu.

Terima kasih Zahra..kerana hadir membawa kebahagiaan dalam hidup seorang lelaki yang bernama Aniq Zafran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience