Cinta adalah salah satu anugerah terindah namun ia juga mampu menjadi memori yang paling perit dlm kehidupan seseorang.
Namun,cinta yang membawa kepada obsesi yang berlebihan dilarang.Itu bukan cinta..
Aku sering bertanya kepada diri aku.Adakah perasaan yang aku simpan kepada Zahra merupakan cinta atau obsesi.
Betapa bodohnya aku masih mencintai seorang perempuan yang sudah memiliki ikatan sah dengan seorang lelaki lain.
Sekarang aku cuba mempergunakan wanita lain untuk mengubat kerinduan aku kepada Zahra.Bodohnya kau Aniq.
Saat aku masih merintih mengimbau kesalahan aku,phone di atas meja berdering.
"Asssalamualaikum,ni Aniq ke?"
"Waalaikumussalan,ya ni saya.Maaf,siapa ni?"tanyaku sambil menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi.
"Ini Warda.Emmm,boleh tak kalau awak lupakan apa yang jadi malam tu.I mean that's kinda emb-"
Aku tertawa mendengar Warda yang kelam kabut cuba menerangkan hasratnya kepada ku.
"Ya Warda.Anggap sahaja yang saya tak pernah jumpa awak malam itu.One more thing,gambar gambar tu saya akan send dlm masa 4 hari selepas saya siap edit and buat kerja saya la."
Kata ku sambil tanganku lincah menekan mouse.
"Baik,terima kasih Encik Aniq.Saya tahu pertemuan kita macam tak masuk akal and I ask for your help.I'm so sorry for all the chaos."
"No,it's fine.We all have our own reason.Then,I will excuse myself first miss Warda."
"Ouh,yes..sure.Aniq!"
Aku yang hampir memutuskan talian terhenti mendengar suara Warda yang bernada tinggi.
"Ya Cik Warda?"
"Can...we go out...I mean this is my treat for all those things.I promised it doesn't mean anything else."
"That's a kind offer but sadly I can't.I need to finish all these job Miss Warda.I hope you understand."
"Ouh,no problem.Sorry then..bye."
"Ok-"
Belum sempat aku membalas dia menamatkan talian.
Haaa...lebih baik begini daripada aku mempermainkan hatinya.Mungkin aku terlebih confident,mungkin dia hanya ingin berkawan tapi lebih baik aku meletakkan penghalang di antara kami dengan awal.
Hidup ini penuh misteri.Tiada siapa sangka bila seseorang itu boleh jatuh cinta.Ia datang tanpa diundang.
Dan aku...tidak ingin mencintai Warda hanya kerana rupa parasnya.Ia akan menjadi memori yang pahit...bukan manis buatnya.
Jika benar jodoh aku dengannya...sejauh mana aku lari,tuhan pasti mempertemukan kami.
Misi mencari cinta aku masih belum berakhir.
Adakah cinta hanya untuk manusia?
Cinta kepada Allah,cinta kepada rasul...
Aku masih belum mendekatkan diri dengan cinta itu.
Ya Allah,ampunkan hamba kerana lalai mengejar cinta manusia...ampunkan hamba...
Angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajahku melalui tingkap yang lupa ku tutup.
Siapa tahu,mungkin aku akan jumpa cinta aku dalam aku mencari cinta Ilahi?
Pintu bilik ku diketuk perlahan.
"Masuk!"
Aunty Meera melangkah ke dalam bilik lalu duduk di atas katil.
"Aniq,aunty bukan apa..."
"Ada apa aunty?"
"Anak kawan aunty kat Malaysia...Aniq tolong dia boleh?"
"Tolong apa tu Aunty?"
"Jadi photographer.Dia masih kalut mencari tu."
"Aunty,cuba cakap sampai habis.Pening kepala Aniq macam ni."
Kata aku yang mula tidak senang duduk.
"Aunty suggest kamu pada kawan aunty.Anak dia perlukan photographer untuk tangkap gambar anak anak yatim yang dia jaga tu.Mereka buat majlis kesyukuran."
Aku menepuk tangan ku ke atas dahi.
"Ya Allah aunty.Dia duduk kat Malaysia,saya duduk di luar Malaysia.Kenapa buat benda susah kalau boleh aje senangkan.Photographer kat Malaysia tu berlambak."
"Haih,budak bertuah ni.Aunty bukan apa.Nak tolong kawan aunty je!Dia ada 3 minggu lagi...banyak benda dia kena urus.Kalau kamu tak nak takpe lah."
Allah,muka merajuk aunty aku tu....nanti dia complain kat Isyraf serabut kepala aku nanti.
"Baik Aniq pergi.Aunty ni,orang datang sini nak tolong urus syarikat."
"Syarikat pale abah kau.Tolong urus lah sangat.Kalau nak tolong aunty buat apa yang aunty minta."
"Kasar betul aunty ni.Ye orang dah setuju ni.Nak kena temlah tiket la dulu.."
"Aunty dah beli."
"Aunty memang dah plan kan?"
"Takdir..."
"Lelaki ke perempuan?"
"Kaum Hawa."
"Aunty!"
Aku hanya mampu memandang pintu yang sudah ditutup.
Aku baru nak move on.Aunty....
Dah berapa bulan ye last update lol...
Share this novel