Bab 11

Romance Series 9491

"Awak..tak sukakan saya ke?"

Aniq memandang gadis yang duduk di hadapannya.

"Bukan itu maksud aku.."kata Aniq lalu mendekati gadis itu.

Bunga ros merah yang baru dipetiknya itu diselitkan di rambut gadis itu.

"Sejak kau datang,hidup aku berubah.Kau terlalu misteri.Datang secara tiba tiba."

Aniq bersandar di pokok rendang yang meneduhi mereka berdua daripada cahaya matahari.

Gadis itu tersenyum manis

"Kau demam ke apa ni?"tanya Aniq.

Pandangan mata mereka berdua bertembung.Sunyi...Gadis itu berdiri di hadapannya sambil memegang seutas jam tangan.

Aniq diam.Dia tidak dapat melarikan pandangannya.

"Saya ingin menjadi cahaya yang akan menerangi hidup awak.Cahaya yang menerangi awak di dalam gelap.Saya nak jadi bunga yang sentiasa indahkan hidup awak.Saya ingin jadi kegembiraan awak."luah gadis itu tulus dari hatinya.

Aniq tersenyum kecil tanpa dia sedari.Dia membongkokkan badannya sedikit supaya dia dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas.

" Kau ni gila la."ujar Aniq tanpa rasa bersalah.

"Saya tak bergurau.Kita boleh jadi kawan kan?"

Gadis itu ketawa kecil.Dia berjalan mengambil begnya lalu memandang Aniq dan berlalu pergi.

"Zahra..."Aniq tersenyum kecil.

###

Aku memandang gambar aku bersama Zahra semasa kami kecil.Masih aku ingat betapa aku bencinya aku terhadap Zahra dulu.Namun,sikap gadis itu berjaya menawan hati aku.Dari benci aku dan dia mula menjadi kawan.

Kotak biru kecil yang berada di dalam laci aku ambil.Rantai dan gelang yang bercorak bunga itu dipandang sayu.Ya Allah,aku hampir berjaya lupakan dia.Kenapa kau hadirkan dia pada saat ini?

####

Zahra melangkah ke balkoni rumahnya.Dia tersenyum.Setelah menunaikan solat istikharah sebentar tadi,dia tenang.Dia kini sedih dan gembira.

Sedih kerana Aniq dan gembira juga kerana Aniq.Sedih apabila mengetahui lelaki itu sudah tidak mencintai dia.

Gembira kerana dia melihat Aniq semakin matang.Sewaktu di Terengganu dia sering melihat Aniq di masjid.Hatinya riang.

Zahra memandang gambar yang berada di tangannya.Hatinya dipagut rasa sayu.Memori yang masih kekal dan segar di ingatannya.Aniq,lelaki kacukan German-Melayu.Lelaki yang banyak menyimpan memori dengannya.

"Zahra!"Aniq berlari mendekati Zahra yang cedera akibat dibuli.

"Kau ok?"tanya Aniq.

Zahra tersenyum."Saya ok.Awak jangan la risau."
Aniq memegang erat lengan Zahra untuk membantu gadis itu berdiri.

"Zahra.."

"Ya?"Zahra memandang Aniq.Lelaki itu memandang ke arah berlainan.

"Aku janji mulai hari ini,aku akan lindungi kau."

Zahra terduduk.Satu satu memorinya bersama Aniq datang.Air mata mengalir laju membasahi pipi Zahra.

"Saya rindukan awak Aniq.Rindu sangat sangat.Saya ingin katakan yang saya cintakan awak tapi saya tak boleh.Saya hanya mampu mencintai dalam diam.Maafkan saya Aniq."

###

Aku memandang bintang yang bertaburan di langit dari balkoninya.Entah kenapa aku tidak dapat tidur.Hati ini tidak tenang.

Keluhan berat aku lepaskan.Kisah cinta aku agak merumitkan.Aku mencintai dia tapi bagaimana dengan dia?

"Aku rindukan kau."kataku.

Aku akan sentiasa cintakan kau Zahra.Walaupun kau jauh,kau ada dengan aku.Sentiasa dan selamanya.Di dalam hati aku sebagai permaisuri aku.

####

Aku terlopong melihat fail yang bertimbun di mejanya.

"Biar betul.Baru je berapa minggu dah macam bukit."

"Otak kau!Beberapa minggu konon.Dah sebulan kau tahu tak?!"

Isyraf menjeling aku dengan tajam.Haih,bertabahlah hati.

"Cepat siapkan!"arah Isyraf.Macam aku takut sangat.

Isyraf duduk di hadapanku sambil memerhatikan aku membuat kerja.

"Isyraf,yang ni perlukan tandatangan kau."kata aku lalu melemparkan fail itu ke arah Isyraf.Pen yang berwarna hitam dan emas yang dikeluarkan itu ku pandang.

"Mana kau dapat tu?Tak pernah pula aku nampak kau beli."

"Buah hati aku la yang bagi."jawab Isyraf.

Aku memandang Isyraf yang membuka penutup pen.

"Isyraf..."kata aku lalu memandangnya.

"Kau..kau buat apa dengan pen ni?!"

Kami berdua memandang pen yang separuh rosak itu.

"Aku tak sentuh pun!"jawab aku.

"Kau beli yang baru je."pujukku kepada Isyraf.

"Mana boleh!Ni hadiah dia kepada aku!"Isyraf keluar dari bilik aku dengan pen nya.

Aku terdiam.Ayat tu..aku pernah dengar.

"Berikan aku jam tangan tu dan aku akan lepaskan kau!"

"Mana boleh!Ni hadiah dia kepada aku!"

Aku tersenyum apabila kenangan itu bermain di kepala aku.Ya,sewaktu Isyraf ingin meminjam jam tangan yang dihadiahkan oleh Zahra kepada aku.

Zahra,Zahra..semakin aku cuba menjauh semaki. engkau mendekati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience