Bab 4

Romance Series 9491

Aku memandang Sofia yang berdiri di hadapanku.

"Dah siap?"soalku.

Dia mengangguk."Sorry lewat."

Aku hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta.Sofia duduk di sebelah seat pemandu.Ye la...takkan dia pula nak pandu.

Lama kami diam,akhirnya aku memilih untuk memecahkan kebisuan kami.

"Kau tak nak cari job lain ke?"tanya aku tanpa memandangnya.

"Emm,buat masa ni tak la kot.Kenapa?"

"Saja je aku tanya.Apa hobi kau?"

"Buat gubahan bunga."jawabnya.Aku tanya sepatah dijawabnya sepatah.Akhirnya aku diam.Takde soalan dah.

Kereta ku parking."Jom."kataku.

Aku keluar.Sofia menghampiri ku.Wajahnya jelas menunjukkan dia gembira.Dah lama tak keluar kot.

Aku berjalan ke kedai yang menjual cenderahati.

"Cantiknya."kata Sofia.Aku melihat seutas rantai yang berada di tangannya.

"Kau nak ke?"tanya aku.

Dia menggeleng."Rekaan dia cantik tapi not my taste..I want something that precious but .just like you.."

Suaranya terlalu perlahan di ayat belakang.Namun aku sempat mendengarnya.

"Jom pergi kat butik tu."Aku berjalan meninggalkan Sofia di belakang.

"Tunggu!"kata Sofia.Aku tidak menghiraukannya.Aku berjalan terus ke butik.Tanganku menolak pintu itu.

"Eh,Aniq.Lama tak nampak."sapa pekerja wanita yang dikenali sebagai Kak Anis.

"Sibuk sikit kebelakangan ni Kak Anis."jawabku sambil tersenyum.

Sofia bersalaman dengan Kak Anis.

"Siapa ni?"tanya Kak Anis.

"Sofia."jawab Sofia dan aku hanya mendiamkan diri.

Aku memandang sekeliling.

"Cantik baju tu."pujiku.Kak Anis tersenyum.

"Kak Anis teringatkan Zahra.Dia kan suka pakai macam tu.Simple but nice.Mana dia?Tak balik lagi?"tanya Kak Anis.

Senyuman aku hilang.Ya,Zahra gemar berpakaian sederhana.

"Saya..tak tahu."kata aku.

Kak Anis tersenyum."Bersabarlah Aniq,Kak Anis yakin semakin susah sesuatu cabaran itu,semakin besar ganjaran yang kamu akan dapat.Itulah yang Zahra pernah cakap pada akak."

Aku ketawa kecil."Saya tahu..."Zahra,kata katanya penuh dengan sokongan dan dorongan.Kata katanya sentiasa menjaga hati dan perasaan.

"Sofia,dah pilih ke belum?"soalku.

Sofia mengangguk lalu ke kaunter.

"Berapa tu Kak Anis."tanya aku.

"Kamu bayar 250 ringgit.Akak bagi diskaun."

Aku menghulurkan duit kepada Kak Anis.

"Terima kasih Kak Anis.Sofia,jom."

"Tapi I.."Aku menarik Sofia keluar kedai.

"Aku belanja.Nak makan cotton candy tak?Dah lama aku tak makan."tanya aku sambil berjalan.

"Boleh juga."

Aku tersenyum.Sofia dan aku berjalan beriringan.

"Kak Anis.."panggil seseorang.

Kak Anis berpaling ke arahnya.Reaksinya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut.

" Geri döndüm"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience