Aku memandang Berlin's Brandenburg Gate yang berada di hadapanku.Indah,perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkannya.
" Modeled on the Acropolis in Athens and built for King Frederick William II in 1791, the monumental sandstone Brandenburg Gate in Berlin's Mitte district was the city's first Neoclassical structure."
Aku tersenyum mendengar penerangan wanita yang berada di sebelah aku.Namun dia membelakangi aku.Pemandu pelancong mungkin.
Aku mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera aku.Namun tiba tiba sahaja kerja aku itu terganggu akibat gangguan daripada pemandu pelancong yang terlanggar aku dengan tidak sengaja.
" Es tut mir leid!Kenapa lah aku malang sangat hari ni.."
Aku menahan tawa mendengar kata katanya."Aku ok je.Nanti hati hati."kata aku.
Wanita itu memandang aku."Orang Malaysia ke?Sorry ye..saya betul betul tak sengaja."katanya,meminta maaf.
Namun aku kaku dan kelu.Tidak mampu membalas kata katanya.
"Warda!Cepat tolong aku!"kata seorang lagi wanita yang menjawab soalan pelancong pelancong itu.
Perempuan itu berlari ke arah rakannya.Namun dia sempat menoleh melihat aku sebelum tersenyum.
"Zah..ra?"kata aku dengan kebingungan.Aku melihat dia mendekati aku setelah membantu rakannya itu.
"Maaf ye encik.Saya tak sengaja.Saya pergi dulu."ujar perempuan itu dengan senyuman.Dia mula berjalan meninggalkan aku.
"Nama kau?!"jerit aku.
Dia berhenti berjalan dan memusingkan seluruh badannya dan kepalanya ke arah aku.
"Warda.Itu nama saya."ujarnya lalu berlari apabila mereka perlu berangkat ke tempat yang lain.
Aku mengeluh.Adakah ianya kebetulan atau takdir?Jauh aku lari supaya dapat lupakan Zahra.Datang sini ada juga manusia muka macam dia.Namun mata Warda bukan berwarna biru seperti Zahra.Warna matanya,warna coklat.Tidak terlalu gelap.Hampir sama seperti warna amber.
Aunty Meera...tolong Aniq...
###
Zahra meletakkan lauk yang dimasaknya di atas meja.Langkah diatur menuju ke bilik utama iaitu tempat tidurnya dan Ariyan.
Tombol pintu dipulas.Kelihatan Ariyan yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.
"Awak,makanan dah siap.Pergilah makan."ujar Zahra.Dia tidak terlalu yakin yang Ariyan akan makan masakannya.Sudah beberapa hari lelaki itu tidak makan masakannya.Pelbagai alasan diberi,kadang kadang hanya renungan tajam menjawab.
Zahra mengambil baju yang berwarna baby blue itu.
"Nak buat apa?"tanya Ariyan dengan tiba tiba tanpa berpaling ke arah Zahra.
"Nak berikan pada kawan."jawab Zahra.
"Lelaki atau perempuan?"tanya Ariyan.
Zahra mengeluh.'Baju ni baju perempuan,memang tak la aku nak bagi kepada lelaki.'kata Zahra di dalam hati.
"Baju Elin ni.Saya pinjam seminggu yang lepas.Lupa nak beri pada dia sebelum ni.Esok saya akan jumpa dia."kata Zahra lalu melipatnya dengan kemas.
"Saya tak izinkan awak jumpa dia esok."kata Ariyan lalu memusingkan kerusinya supaya dia dapat melihat Zahra
"Kenapa pula?"tanya Zahra.
"Esok teman saya beli hadiah hari lahir untuk Syaza.Dua hari lagi hari lahir dia."
'Dua hari lagi pun hari lahir saya juga..Ariyan..'luah Zahra di dalam hatinya.
"Ok.Nak pergi mana?"tanya Zahra dengan tenang.Berbeza dengan perasaannya.Cemburu.Wajar bagi suami isteri untuk cemburu kerana ia menunjukkan kasih sayang namun..ada had nya untuk cemburu.
"Entah."kata Ariyan lalu menanggalkan kaca matanya.Tidak dinafikan Ariyan juga kacak.
Zahra berjalan keluar daripada bilik itu.Kakinya melangkah ke meja makan.Dia mengangkat dua lauk yang berada di atas meja.
"Nak bawa ke mana tu?"tegur Ariyan.Zahra memandangnya dengan pelik.
"Simpan dalam peti sejuk.."jawabnya.
"Saya nak makan."kata Ariyan.Zahra meletakkan lauk tadi ke atas meja.Dia meletakkan telapak tangannya di dahi Ariyan.
"Tak demam.."kata Zahra namun dengan nada perlahan.Dia mula menghidangkan makanan kepada Ariyan.
Selesai makan,Zahra berjalan ke arah sinki untuk membasuh mangkuk dan pinggan.Dia sedikit tenang apabila berada di taman bunga sebentar tadi.Zahra meletakkan pinggan yang dibasuhnya di tempat yang disediakan.
Dia agak letih hari ini.Mungkin kerana pergaduhan itu.Zahra tersentak apabila dia dipeluk dari belakang.
"Stay like this,please."kata Ariyan.Zahra akur.
Hampir 15 minit Ariyan memeluknya dari belakang,akhirnya lelaki itu melepaskannya.Zahra memandang Ariyan sekilas sebelum berjalan menuju ke bilik.Dia membaringkan badannya di atas katil.Matanya juga semakin memberat.
"I'm sorry Bunga.Saya terlalu cemburu.I love you so much.More than I love myself."
Zahra merasakan ada ciuman hangat hinggap di dahinya.Zahra hanya mendiamkan diri.Cinta?Kerana cinta dia sengsara.Kerana cinta juga Aniq menjauhkan diri daripadanya.
####
Sofia memandang Kamal yang berada di hadapannya."Kamal,you pasti tahu ke mana Aniq pergi.Please tell me.."pinta Sofia.
Kamal mengeluh."Kalau I tahu pun,I tak akan beritahu you."kata Kamal dengan tegas.Sofia seperti terlalu gilakan Aniq.Penampilannya kini pun tidak terurus.
"I cintakan dia,Kamal."ujar Sofia.
"Tapi dia tak cintakan you!Berhenti hidup di fantasi you,ini realiti yang you perlu hadapi."
Sofia menggelengkan kepalanya."You tak faham,Kamal!You tak faham macam mana I cintakan dia!Tapi dia..dia cintakan perempuan tak guna tu!Dia tak boleh nampak ke siapa yang cintakan dia sebenarnya?"
Kamal ketawa kecil."I tak faham?I faham sangat la Sofia.Kalau you nak cakap Aniq tu buta,you pun buta juga."
"Maksud you?"tanya Sofia.
"I cintakan you sejak dulu lagi Sofia.Tapi I tahu yang you hanya gunakan I untuk rapat dengan Aniq.Cuma I bodoh,bodoh biarkan diri I dipergunakan dan sampai sekarang I masih bodoh kerana cintakan you.Tetapi I bukan macam you.Terlalu gilakan Aniq sehingga kehidupan you pun tak terurus."kata Kamal dengan senyuman sinis.Kadang kadang dia kasihan melihat Aniq.Terpaksa melayan kerenah Sofia
"I tak kisah,yang penting I nak tahu Aniq ada kat mana sekarang."jawab Sofia.Hanya Aniq sahaja yang bermain di fikirannya sekarang.
"Malas I nak layan you Sofia.Nanti I pula yang gila."Kamal berdiri lalu meninggalkan Sofia berseorangan.Cinta pun cinta juga.Kalau macam itu balasannya,baik dia berhenti mencintai Sofia.
Share this novel