"Hello?Ada orang tak?"kata Sofia.
Perempuan berpurdah itu mendekatinya.
"Kenapa ye Cik?"tanyanya.
Sofia tersenyum.
"Saya nak kerja di sini."
"Ouh,nama saya Insyirah."
"Nama saya Sofia.Kawan saya pernah datang sini,tapi saya selalu lari."
Insyirah ketawa kecil.
"Jadi apa yang Sofia boleh lakukan?"
"Gubahan bunga?"
####
Aku tersenyum teringatkan Sofia.
"Buat aku jatuh cinta pada dia?"
Bunga yang diberi oleh pekerja kedai bunga tadi berada di atas katil.Aku menatap lama bunga itu.Kad yang berada bersama bunga itu ku ambil.Perlahan lahan aku baca isi kandungannya.
ASSALAMUALAIKUM ANIQ,
AWAK SIHAT?MAAF KERANA MENGHILANG TANPA SEBARANG BERITA.KAK ANIS ADA BERITAHU YANG AWAK AKAN KE TERENGGANU KE KEDAI BUNGA NI.AWAK MASIH INGAT LAGI SAYA?SAYA ZAHRA. MAAF,SAYA TAK ADA KEBERANIAN YANG MENGGUNUNG UNTUK TERUS BERJUMPA DENGAN AWAK.APABILA TIBA HARI YANG SESUAI,KITA AKAN BERJUMPA.
ZAHRA.I
Aku terduduk di atas katil.Zahra?Kenapa kau muncul ketika aku ingin melupakan kau?
Mata aku pejam rapat mengharapkan ketenangan.Memori aku dan Zahra bermain di kepalaku.
"Kenapa Aniq menangis?" tanya Zahra yang berdiri di hadapan aku.
"Menangis?Aku tak menangis!" kataku dengan marah.
Zahra tersenyum."Malu?Aniq malu sebab break up dengan Nia?"
Masih aku ingat betapa marahnya aku kepada dia pada waktu itu.
"Diam lah kau!Kau tu mana ada perasaan!"
"Bagi saya,lelaki sebenar adalah lelaki yang berjaya mengawal perasaan marah dia..begitu juga dengan perempuan.Normal lah kalau awak menangis.Tentang perasaan..saya pun manusia juga Aniq.Semua manusia ada perasaan.Bergantung kepada mereka sama ada mereka nak pendam atau luahkan perasaan itu."
Aku terdiam mendengar kata katanya.Dia memandang aku dengan senyuman.
"Jangan terlalu leka dengan cinta manusia.Saya tak nafikan cinta itu indah.Tuhan pinjamkan rasa cinta itu kepada awak untuk berikan awak kebahagiaan dan mengambil kembali rasa cinta itu supaya awak sedar yang cinta yang dipinjamkan itu hanya sementara manakala cinta NYA itu kekal dan lebih indah.Tapi sayang..ramai yang tolak cinta itu." Zahra memandang langit yang cerah.
"Kenapa ramai orang tolak?" soalku bingung.
"Ramai yang leka dengan cinta yang sementara itu sehingga perlahan lahan lupa cinta yang kekal itu."
"Jadi..kau tak nak kahwin la?" soalku
Zahra ketawa kecil."Kalau ada jodoh saya ok je.Saya nak,tapi saya nak pasangan yang mengingatkan saya tentang Allah.Cinta itu akan jadi lebih indah dengan redha Allah."
Aku mengangguk."Cakap senanglah.Kau mana pernah bercinta lagi."
"Siapa kata?Saya ada minat dengan seorang lelaki ni tapi dia dah berpunya.Nak buat macam mana?"
"Kau tak try ke dekat dengan dia?Tak sedih?"
"Sedih tu sedih.Tapi macam yang saya cakap tadi,saya tak nak terleka kerana cinta sementara tu.Saya cintai dia kerana Allah dan saya nak cintai dia dengan redha Allah."
"Kau ni macam ustazah la." kataku.Zahra masih lagi tersenyum.
"Islam itu indah.Cuba awak mendalami Islam.Awak akan rasa dan jumpa cinta yang sebenar dalam mencari cinta di dunia ini." kata Zahra lalu berjalan meninggalkan aku.
Aku tersenyum.Memori yang sangat aku ingati.Pada hari itu juga,aku jatuh hati pada Zahra.
####
"Insyirah,dah siap!Cantik tak?" tanya Sofia.
Insyirah mengangguk."Pandai betul Sofia gubah bunga.Kita ada dua lagi tempahan yang belum disiapkan."
Sofia tersenyum."Biar Sofia buat satu."
Insyirah memandang Sofia dengan lama.
"Siapa lelaki yang teman Sofia tu?Suami ke?" tanya Insyirah.
"Suami?Kalaulah dia betul betul suami saya Tapi dia friend zone saya." kata Sofia dengan nada sedih.
"Kenapa pula?Kamu berdua sepadan je saya tengok."
"Dia pernah cintakan seseorang ni..tapi..itu lah..perempuan tu menghilangkan diri."
Insyirah diam.Dia mendekati Sofia.
"Mungkin ada yang lebih baik untuk awak?"
Sofia tersenyum.
Share this novel