Semalam jumpa Zahra.Hari ini jumpa suami dia pula..Nasib la..
"Aniq,kau dengar kan apa yang aku cakap?"tanya Ariyan.
Aku mengangguk."Ariyan..kenapa kau..tak cuba untuk jalani pembedahan?"tanya aku.Dah lama aku bertanya soalan yang sama namun tidak dijawab.
"Kalau aku jalani pembedahan itu..kemungkinan untuk aku hidup ialah 50% je.Baik aku nikmati hidup ini dengan tenang."jawab Ariyan
"Aniq,kau...tak nak kahwin ke?"tanya Ariyan dengan tiba tiba yang membuatkan aku tersedak.
"Cukup la saudara mara aku yang tanya.Kahwin?"Aku diam seketika.Ariyan tak akan faham.Tiada siapa yang akan faham.
"Jodoh aku tak sampai lagi."jawab aku dengan bersahaja.
"Maksud aku,ada tak perempuan yang kau minat?"tanya Ariyan dengan senyuman.Aku pula tersenyum paksa.
"Dulu ada..sekarang tak ada.Kalau dulu..aku Kan tunggu dia sampai dia terima aku..Biarpun 1000 tahun..aku akan tunggu tapi sekarang.."aku memandang Ariyan.
"Aku akan lepaskan dia.Dia tak akan dapat terima aku lagi..sebab dia dah terikat dengan seorang lelaki yang lebih layak daripada aku untuk memiliki dia."ujar aku.Ariyan memandang tepat ke arah mata aku.Pandangan kami bertemu.
"Perempuan tu..Zahra ke?"tanya Ariyan.Aku ketawa kecil.
"Dari dulu lagi aku cakap yang aku tak akan jatuh cinta dengan dia.Aku hanya anggap dia sebagai adik.Aku harap kau akan jaga dia dengan baik."kata aku lalu berdiri.Semakin lama aku ada di sini,semakin banyak rahsia akan terbongkar.
"Aniq..aku takut."ujar Ariyan dengan tiba tiba
Aku memandangnya.Tiba tiba aku rasa sedih."Aku pun takut.Aku takut kehilangan seorang lagi sahabat baik aku.Tolong kirimkan salam terakhir aku kepada Zahra."kata aku lalu berjalan meninggalkannya.
"Aku tahu perempuan tu ialah Zahra.Aku dengar apa yang kau luahkan pada dia.."kata Ariyan lalu mengepal penumbuknya.
####
Zahra memandang gambar Aniq.Sejak Ariyan keluar pagi tadi,sejak itulah dia menatap gambar itu.
"Aniq Zafran.."ujar Zahra.
Apabila melihat kelakuan Aniq semalam,dia yakin lelaki itu pasti berjaya melupakannya.Tapi dia..dia tidak pasti sama ada dia dapat lupakan Aniq.
Zahra memandang api yang sedang menyala di hadapannya."Kisah cinta yang bermula dengan kemanisan dan berakhir dengan penuh derita.Selamat tinggal kenangan."
Gambar itu dilempar ke dalam api itu.Dalam beberapa saat gambar itu menjadi abu.Zahra pantas berlari ke arah pintu rumah apabila mendengar bunyi kereta.
"Cepatnya awak balik,Ariyan."kata Zahra dengan senyuman lemah.
"Cepat?Bunga,saya keluar pukul 9 pagi dan balik pukul 4 petang."kata Ariyan sambil memandang Zahra.
"Ye ke?Cepat pula masa berlalu.Awak pergi mana tadi?"tanya Zahra.Dia berjalan ke dapur untuk membuat air kepada suaminya itu.
"Jumpa Aniq."jawab Ariyan.Zahra menghentikan langkahnya apabila mendengar nama Aniq.
"Buat apa awak jumpa dia?"tanya Zahra.
Ariyan yang sedang menonton drama memandang Zahra."Saja.Jumpa kawan lama."
"Saya tak suka awak jumpa dia."ujar Zahra lalu meletakkan air teh di hadapan Ariyan.Hatinya tidak tenteram apabila mendengar nama Aniq.
"Kenapa Aniq dan Bunga ni?Ada sesuatu yang saya tak tahu ke?"tanya Ariyan dengan suara yang menunjukkan dia serius.
"Tak ada apa apalah."kata Zahra.
"Aniq kirim salam terakhir buat bunga."kata Ariyan lalu memandang Zahra.
"Ok."jawab Zahra sepatah.
"Ok je?"kata Ariyan berunsur sindiran.
"Ye la..ok je.Apa lagi awak nak saya buat?"tanya Zahra tanpa memandang Ariyan.Matanya fokus memandang drama yang ditayangkan.
"Tak nak call ke?"
Zahra menggeleng.
"Mesej?"
Geleng."Saya tak percaya hanya ok je jawapan Bunga."kata Ariyan dengan senyuman sinis.Selepas mendengar kata kata Aniq di cafe tadi..dia yakin perempuan itu ialah Zahra
Zahra memandang ke arah Ariyan."Apa yang awak nak cakap sebenarnya Ariyan?Nak kahwin saya dah kahwin dengan awak.Kenapa dengan awak ni?"
"Saya tak ada masalah,bunga.Yang ada masalah adalah bunga dan Aniq.Bunga dan Aniq pasangan kekasih kan?"
"Apa awak merepek ni?"kata Zahra.Kekasih?Dia dan Aniq?Belum sempat jadi kekasih dia dah jadi isteri kepada Ariyan.
"Merepek?Bunga dan dia terlalu rapat..bukan sekadar kawan..lebih dari itu.White Chrysanthemum as a gift?Interesting.."Ariyan mendekati Zahra.Matanya bukan lagi menunjukkan kasih sayang seperti kebiasaannya..kali ini ia menunjukkan tanda amaran.
"Jangan..khianati saya..Saya tak suka ada orang lain dalam hati wanita yang saya cintai.Kalau saya dapat tahu awak khianati saya...lelaki itu tak akan pernah selamat.Same with you."kata Ariyan lalu berjalan menuju ke biliknya.
Zahra kaku.Dia sedikit gentar akan ugutan Ariyan.
###
Aku memandang jam tangan yang dihadiahkan oleh Zahra.
"Kau masih teringatkan dia?"tanya Isyraf lalu duduk di hadapanku.
"Mungkin..kalau aku masih duduk di negara ni.Sebab tu aku ambil keputusan nak pergi German.Boleh juga aku tolong Aunty Meera uruskan syarikat kat sana."jawab ku lalu tersenyum.
"Aniq..macam mana dengan Sofia?"Aku berhenti meletakkan baju ke dalam bagasi.
"Sofia?Aku yakin Kamal akan ada untuk dia.Kau tu..bila nak masuk meminang Amni?"kata aku lalu ketawa apabila melihat wajah Isyraf yang merah padam.
"Amni?Budak yang hantar nasi lemak ke?"kata Isyraf.Cuba menutup kebenaran yang jelas.
"Ye.Budak tu la.Setahu aku,lelaki yang ada di hadapan aku ni sejak kecil lagi tak suka makan nasi lemak."
"Manusia boleh berubah,Aniq."jawab Isyraf."Bila kau nak balik Malaysia?"
Aku diam.Balik?"Raya aku balik la.Kalau ada majlis pernikahan kau pun aku balik..itu je."kata aku.
"Jangan sebab Zahra kau putuskan hubungan dengan semua orang.Kami keluarga kau."
Aku mengangguk."Aku tahu..mungkin selepas aku betul betul lupakan dia..aku akan balik."
"Sebab tu dulu aku cakap jangan benci sangat nanti.."
"Jatuh cinta.."sambung aku.Kenapa aku perlu jatuh cinta dengan kau?Kalau aku tahu ini pengakhirannya..sumpah aku akan elakkan diri ini daripada mencintai kau.
Share this novel