Cermin yang berada di dalam tandas itu dipandang.Ada 3 hari lagi sebelum Syaza menjadi isteri kedua Ariyan.
Zahra keluar dari tandas.Dilihatnya Ariyan masih lagi nyenyak tidur.Senyuman terukir di bibirnya.Kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke kolam renang.
Zahra memandang air kolam itu.Dia meletakkan kakinya ke dalam air itu.Kenangannya bersama Aniq tiba tiba hinggap di fikirannya.Terlalu banyak kenangan manis yang perlu dia hapus kerana Ariyan.
Matanya memandang bulan purnama yang terang pada malam itu.
"Ariyan.."
Dari tingkat atas,di balkoni Ariyan memerhatikan isterinya itu dalam diam.Matanya turut memandang bulan yang bercahaya terang pada malam itu.Namun langit mendung seakan akan ingin hujan.
Apabila memandang kembali ke arah kolam,Ariyan tersentak apabila melihat Zahra sedang berenang.Dia memandang jam yang berada di dinding.Pukul 2.30 pagi.Dia berjalan menuju ke arah Zahra.
"Zahra,berhenti berenang.Nanti awak demam."
Zahra berhenti berenang apabila mendengar suara Ariyan.Setelah melihat kelibat Ariyan,dia kembali berenang.Hatinya tidak tenang.
Ariyan menanti Zahra timbul ke permukaan namun sudah 15 minit isterinya itu tidak muncul.Pantas Ariyan terjun ke dalam kolam.Dia menarik Zahra naik
"Lepaskan saya Ariyan."Zahra meronta ronta meminta supaya dilepaskan.Hujan mula turun dengan lebat.
Ariyan tidak mengendahkannya.Dia menarik Zahra naik ke atas."Lepaskan saya Ariyan."rintih Zahra.Ariyan masih lagi memegang kedua belah tangan Zahra.
"Gila ke berenang pagi pagi ni!Tak sejuk ke?!"ujar Ariyan dengan nada marah.Hujan yang lebat menyukarkannya untuk melihat wajah Zahra.
"Saya dah letih berlakon Ariyan.Saya pun manusia.Saya letih berlakon macam tak kisah apa yang terjadi.Kesabaran saya pun ada tahapnya."jawab Zahra dengan lemah.
Letih,dia letih berlagak tenang.Berlagak kuat.Tapi dia juga seorang perempuan.Dia juga seorang manusia yang perlukan pertolongan.Dia juga mempunyai perasaan yang perlu dijaga.
"Zahra,bangun!"kata Ariyan apabila melihat Zahra seakan akan ingin pengsan.
"Saya..nak rehat.."kata Zahra lalu memeluk Ariyan erat.Matanya ditutup.
####
Aku memandang gambar gambar yang diambil sebentar tadi.
"Mummy cakap dia balik lewat nanti.Kau nak makan mana?"tanya Zafwan.Satu satunya anak Aunty Meera.Wanita itu tetap tabah setelah kematian suaminya.
"Entah.Kau nak makan apa?"tanya aku pula.Mata aku masih memandang gambar gambar yang diambil.
"Pizza.Boleh?"tanyanya.
Aku hanya mengangguk.Tak kisah,yang penting halal."Belikan aku latte satu!"kata aku kepada Zafwan.
Aku kembali mengambil pemandangan di Gardens of the world.Aktiviti aku terhenti apabila melihat kelibat seorang perempuan yang sedang tersenyum memandang pemandangan itu.
Tanpa aku sedar aku mengambil gambarnya.Gambar itu aku pandang.Dahiku berkerut."Zahra?"Aku kembali memandang ke hadapan namun gadis itu sudah tiada.Gambar itu aku perhatikan buat kali kedua.
"Aniq,aku dah beli.Jom balik!"kata Zafwan yang berlari ke arah aku.
Aku hanya mengangguk.Masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi.
####
"Ya Allah,berikanlah aku kesabaran!"kata Zahra lalu mengikut Ariyan dan Syaza.
"Darling,cantik tak cincin ni?"tanya Syaza.Ariyan mengangguk lalu tersenyum.
Zahra hanya tersenyum kecil.Dia berjalan ke kedai sebelah."Zahra?"
Zahra memandang lelaki yang berdiri di hadapannya."Isyraf!"ujar Zahra dengan gembira.
"Isyraf buat apa kat sini?Ni kan butik pengantin..wait.."Zahra memandang perempuan yang sedang melihat gaun pengantin di belakang Isyraf.
"Isyraf akan kahwin ke?Dengan dia?Apa nama dia?"tanya Zahra dengan tidak sabar.Isyraf ketawa.
"Takde lah.Mungkin nanti Isyraf akan kahwin dengan dia nanti.Doakan lah ye.Ni teman dia pilih gaun pengantin untuk kawan dia."kata Isyraf.
Zahra pula hanya ketawa.Dia memandang wajah perempuan itu.
"Zahra buat apa kat sini?"tanya Isyraf.
"Emm,Zahra...ternampak Isyraf tadi.Itu yang Zahra ikut!"kata Zahra.Isyraf mengerutkan dahinya.
"Tapi kenapa Zahra terkejut nampak Isyraf tadi?"tanya Isyraf.
Zahra menggigit bibirnya."Dia panggil Isyraf tu.Pergi cepat!"kata Zahra lalu menolak Isyraf.Sebaik sahaja Isyraf berpaling ke belakang,pantas dia melarikan diri.
"Pegangkan benda ni!"arah Syaza.Ariyan hanya memandang Zahra yang seperti baru sahaja terlepas daripada bahaya.
"Ok."kata Zahra lalu menunduk apabila Ariyan merenung dengan tajam.
"Zahra.."Isyraf berdiri di hadapannya memandang Ariyan tajam.
"Kau,abang Aniq kan?"tanya Ariyan dengan selamba.Namun dia masih lagi memandang Zahra seperti ingin menelannya hidup hidup.
"Ya,kau buat apa kat sini?"tanya Isyraf lalu memandang Syaza yang berada di sebelah Ariyan.Sejak dulu lagi dia tidak setuju Aniq berkawan dengan Ariyan.
"Beli cincin untuk perkahwinan kami."jawab Syaza tanpa disuruh.Isyraf tersentak.
"Cincin?Kahwin?"Isyraf berpusing memandang Zahra.
"Cik Syaza dan Tuan Ariyan pergi la dulu.Saya nak bercakap dengan encik ni."pinta Zahra.Dia hanya memandang ke arah Syaza.Gerun untuk melihat Ariyan.
"Baiklah.Kau balik sendiri!Jom darling."kata Syaza lalu menarik tangan Ariyan.
"Jom."Ariyan tersenyum lalu mengikut Syaza.
Zahra menghembuskan nafas lega."Now,terangkan segalanya."ujar Isyraf.
Zahra mengangguk lemah."Jom pergi ke restoran tu dulu.Zahra letih."
Isyraf akur.Kasihan melihat wajah Zahra yang pucat.'Apa yang kau dah buat Ariyan?'bisik hati Isyraf.
####
Ariyan memandang jam di dinding.2 jam sudah berlalu.
"Saya dah balik."kata Zahra lalu menutup pintu.
"Awak buat apa tadi?"tanya Ariyan.
"Takde apa apa lah.Saya nak rehat."Zahra berjalan mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
"Saya tak cakap yang awak boleh pergi,Zahra."Ariyan mengepung Zahra dengan kedua belah tangannya.Jarak diantara mereka terlalu dekat.
"Tolonglah Ariyan.Apa lagi yang awak nak?Aniq dah pergi jauh.Saya hanya berbual dengan abang dia.Itu pun salah?Isyraf,saya dah anggap macam abang saya."kata Zahra bersahaja.Kini dia memandang mata Ariyan.Tiada perasaan gentar lagi di matanya.
"Apa yang awak cakap dengan dia?"tanya Ariyan.
"Tentang perkahwinan awak yang kedua.Jangan risau.Orang lain tak akan tahu."kata Zahra lalu berjalan ke biliknya.
Ariyan hanya diam.Satu keluhan dilepaskan.
"Perkahwinan yang kedua.."
####
Zahra memandang nasi goreng yang dimasaknya untuk sarapan pagi.
"Kenapa aku kurang ajar sangat dengan dia semalam.."Zahra menggelengkan kepalanya.
Dia memandang Ariyan yang berjalan ke arah meja makan.Lelaki itu nampak segak dengan kemeja birunya.
"Saya pergi kerja dan saya akan balik tengah hari nanti.Masa tu awak bersiap,kita akan pergi ke.."kata kata Ariyan terhenti.Lelaki itu terus pergi ke pintu rumah.Kasut dipakainya.
"Pergi mana?Marah sangat ke sampai langsung tak tengok aku?"
Share this novel